Thursday, July 31, 2008

EPY BESDAY TO ME N RUMET…



Selamat hari jadi yg ke 22thn utk ak sendiri n tidak lupa wat rumet tersyg, ayu, ezas, n ina. Sejak 2 thn lps kt smbt harijd bersama. Detik jam 12 tghmlm merupakan saat yg di tunggu dgn pnuh debaran (wat sedap ayat… heheh). Wat rumet yg tersyg, thn ni ida mtk maaf bebyk sbb x dpt bersama korg pd detik itu spt thn2 sblm ni (ditunda pd mlm sabtu). Mgkn ini kali terakhir kt menyambutnya bersama, tp percaya la korg xkan dilupakan dr ingatan smpai bila2…

With someone spesel… Emie…

Ptg td kuar ngan emie (ikut dia lbh tepat lg) g jumpa ‘someone spesel’ dia la… Ktorg g pizza hut, pas2 ak terjumpa ngan kwn lama. Lama dh x jumpa dia ni, mkn ms berthn dh kot… x sangka dia keje kat sn. Emie gtau kak jue berdebar nk jmpa ida… btol ke?? Heheh… akhrnya kt leh knl gk ye. Hyper active? Metafora sguh la emie ni! ak yg pendiam, pemalu n ayu ni dikatakan cam2… x ptt btol la… (x puas ati ms ni). Wat kak jue, di lain masa kt pasti akn bertemu lg… Novel yg kak jue nk 2 ida cuba cr kat sn ye, insyaAllah ad kot…

p/s Mst bergaya emie pkai tie 2! heheh...





Tebus novel...

Novel yg masih berbalut cantik dan blom dibuka ni ak br tebus di kedai JT Stationery ptg td (ak prnh bc nvl ni ms sek dulu, beli sj jek nk wat koleksi). Lbh krg sebln yg lalu, ak tlh m’hntr balik nvl yg x cukup 8 hlmn kat kdai 2 n hr ni ak tlh mendpt ganti yg baru… ye… ye!

Wednesday, July 30, 2008

Hadiah Pertama...

Terima kasih Ma… bday thn ni ak dh dpt hadiah pertama dr Ma… cantik x bangle ni?? Wpun umo ak x berganjak lg, tp white gold ni dh tersarung kat tangan ak… heheh… dok sabor2 nih!

Monday, July 28, 2008

Kembara...

Semester ni ak lepaskan peluang utk ke sungai sedim. Terkilan? Ada la skit, tp ak sendiri yg tolak, nk slhkan sape kan... terkilan sbb ni semester terakhir ko-k, pasni xde dh g kembara tmpt2 cam2. Kalo tau awal2 len la, ni tiket nk balik kg mgu ni dh beli, yg nak mai cni pon dh beli. Tmbh2 lak jumaat bday ak n rumet, ktorg terpaksa tunda parti ke mlm sabtu sbb ramai jemputan balik. Kalo ikut kembara bez gk, bkn senang nk sambut bday dlm utan nih! Hehe... Tp xpe la, dh xde rezeki nk ke sana (ak tolak rzeki sbnrnya).
p/s Pada kwn2 kembara grup 4B, semoga korg enjoy perjalanan kali ni, selamat pergi dan selamat kembali!

Friday, July 25, 2008

Sure Gempaq Muamalat...



Gambar ni d ambil dr bilik ak… karnival ni bertempat di padang mawar. Ak tgk karaoke dr atas jek la, tak pyh ssh2 nk turun lg. Ok la… tp x la gempaq sgt…

novel : cupid love...


SINOPSIS

Dalam hati sudah menguntum cinta. Dalam hati juga sudah berbunga sayang. Kerinduan pun mula terbit di celah-celah mekarnya perasaan...

Bersaksikan lautan yang terbentang luas, camar yang berterbangan bebas di udara… kita dipertemukan atas nama sahabat. Bermula sapa-menyapa lantas berpanjangan menjadi teman bicara.

Pertemuan yang sedetik cuma rupa-rupanya membuahkan bibit-bibit kemanisan tanpa kau dan aku sedari. Dan hari-hari yang berlalu disulami tawa dan usik-mengusik adalah tunas sayang yang mula bercambah di hati kita…

Kala kau dan aku mengikat janji untuk bersua, halangan mengintai lalu merungkai janji… memusnahkan kepercayaan kau padaku. Lantas tanpa pamitan kau pergi... pergi dan meninggalkan nanar di hati ini.

Dari lewat bicara antara kita... aku cuba jejakimu. Aku tidak mahu kecundang untuk kali kedua, kerana kecundang itu amat menyakitkan.

Novel ni sy pinjam dari rumet sy... Ina namanya… hehe. Masa dia beli novel ni, sy lak amik ku seru kasihmu. Bleh la pjm meminjam. Mula-mula baca, ingatkan Sabrina watak utama merangkap heroin cite ni. Ye la, mula-mula dah terjumpa nama dia dulu kan. 2 org yg terdahulu bc pon bg pndpt sama. Kisah dia unik skit la, seunik tajuk citenye. Sblm ni xde lg sy bc nvl ksh mcm ni. Muka surat 316 ada kesilapan skit, mngkn editor terlps pandang. Dialog antara Azyan dan Wandy tiba2 ada terselit nama Danny pada dialog yg diucapkan Wandy. Biasa la 2, kesilapan selalu berlaku di mana2 dan dlm apa jua keadaan.

Sunday, July 20, 2008

novel : bukan cinta biasa...


SINOPSIS

Sifat sabar dan beralah yang dimiliki oleh Shahira membuatkan dia sering menjadi mangsa keadaan. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyakiti apatah lagi mengecewakan insan yang mengharap. Namun sebagai manusia biasa yang serba kekurangan dia tidak mampu memenuhi kehendak dan menjaga hati semua pihak dalam satu masa. Justeru itu lafaz cinta yang ditunggu oleh Anuar sejak dari bangku sekolah lagi hanya dihargai sebagai kawan baiknya. Baginya cita-cita dan impian hidup lebih utama. Namun begitu dia terpaksa akur dengan jodoh yang telah diaturkan oleh keluarganya. Biarpun jauh di sudut hati dia sebenarnya memendam perasaan kecewa.
Pertemuan Shahira dengan Azlisyam di kampus terjadi dalam suasana yang tegang telah mewujudkan persengketaan di antara mereka. Sikap ego Azlisyam turut merubah sifat semulajadi dalam diri Shahira. Keadaan bertambah celaru setelah Shahira mengetahui Azlisyam adalah tunangnya. Tanpa sedar dalam diam mereka sebenarnya menyimpan perasaan cinta di antara satu sama lain. Ego dan kedegilan dalam diri masing-masing telah mengekang mereka untuk berterus terang biarpun rasa rindu ternyata sendat di hati. Akibat salah sangka keadaan bertambah parah tatkala Azlisyam dan Anuar pantang bersua dan meletakkan Shahira dalam situasi yang sukar. Antara sayangnya kepada seorang sahabat yang sentiasa bersama dengan cinta pertamanya yang belum tentu membuahkan bahagia lantaran tiada lafaz cinta yang terucap di antara dia dengan Azlisyam. Anuar yang kecewa tetap setia menanti meskipun disedari penantiannya tiada penghujung. Meskipun cinta Shahira bukan miliknya namun Anuar tidak berdaya membuang rasa rindu dan cinta yang sememangnya utuh di hati.
Takdir dan suratanNya tiada siapa dapat menolak dan menghalang. Berjayakah Anuar merealisasikan impiannya setelah rumahtangga Shahira dan Azlisyam runtuh di saat bahagia mengunjung tiba? Bagaimana reaksi Azlisyam setelah mengetahui cinta Shahira sememang untuknya? Mampukah Azlisyam meraih kembali cintanya setelah Shahira membuat pilihan untuk tidak melukakan lagi hati Anuar yang setia menunggu cintanya?

Sy suka tajuk nvl ni, nmpk unik. Siap ada lirik lagu Siti Nurhaliza- bukan cinta biasa lagi sblm bermulanya cite. Sedih gak la sbb Anuar mati… huhu… tp di awal2 lg sy telah merosakkan pembacaan sy di mn sy tlh membaca hlmn blkg sepintas lalu. Mula cite ngan perkarangan kubur, ingatkan hero cite yg mati, x sbr2 trus jek belek hlmn blkg. Pas2 bila tau hero hidup lg… hmm, br ad smgt nk bc… hehe… Anuar mmg lelaki baik, bak kata Shahira satu dlm seribu belum tentu lg dpt berjumpa insan seperti Anuar. Tp nak wat camne, dh sampai ajal dia kan… redha jek la. Geram gak la ngan Azlisyam, cemburu tak bertempat, sbb ego punya psl sanggup jatuhkan talak pd Shahira. Masih x boleh terima hakikat yg Shahira ngan Anuar bershbt baik sekian lama. Tp ending cite bez la wpun berakhir d perkarangan kubur tmpt Anuar di semadikan.

Wednesday, July 16, 2008

MY SPIDERMAN...

Si spider ni ak simpan sejak form 4 lagi. Sampai nek form 6 pon spider ni msh setia ak gantungkan di beg galasku. Msk ke U ak gantungkan plak di beg laptopku. Teringat Ida yg selalu pjm spider ak utk dilagakan ngan key chain yg tergantung di beg Jue ms zmn sek dulu. Dia reka la mcm2 aksi kononnya spiderman tengah bertarung ngan musuh la kotnya… ak tukang gelak jek. Macam budak2… tp kami gembira ms 2…


novel : ku seru kasihmu...


SINOPSIS

Dari mana datangnya kasih? Dari mata turun ke hati. Dalam diam cinta itu hadir. Tanpa sedar rasa rindu berbunga jua akhirnya. Memiliki kasih Hakimi dari alam kampus hanyalah mimpi indah Afrina semata-mata. Menjadi milik Hakimi apatah lagi. Impian semakin jauh, lantaran jejaka idaman turut menjadi rebutan dua orang sahabat baiknya sendiri. Dia sedia mengalah memberikan laluan dan ruang biarpun hati sendiri sakit memendam rasa kecewa. Bertambah menjerut rasa tatkala Hakimi menyambut baik cinta salah seorg drpd mereka.

Namun sejauh mana kasih yang bersemi dapat dihindari, biarpun dia cuba untuk menjauhi. Sedangkan wajah Hakimi sentiasa hadir di ruang mata. Dugaan hadir tanpa dipinta, langsung tidak terlintas di fikiran. Musibah datang jua menimpa antara dia dan Hakimi. Suratan ataupun kebetulan? Sukar utk ditafsirkan. Tetapi apa yg pasti, ada rahsia yang perlu diselindungkan. Ada cerita yang harus disembunyikan & disimpan kemas drpd pengetahuan umum terutama kawan-kawannya. Kesulitan yang menjelma itu turut membuat Afrina tersepit antara diri, maruah keluarga & sahabat baik sendiri.

Hati siapakah yang perlu diutamakan? Hati siapa pula yang perlu dijaga? Kasihnya kepada Hakimi tidak boleh dibiarkan sepi. Cabaran Afrina, kasih Hakimi harus dimiliki dgn apa jua cara sekalipun. Namun relakah dia dikatakan sebagai "muka tembok" demi menyeru secebis kasih? Persoalannya... mampukah Afrina menyeru kasih Hakimi? Sedangkan cinta Hakimi tetap teguh kepada kekasih hati.

Karya terbaru Penulis 'Best Seller' Bukan cinta biasa.

Beli novel ni kat popular city plaza. Tengok jek terus sambar ( pdhl berlambak lg kat atas rak 2 ). Dh lama dh nak bc novel ni sbnrnya, tp sblm ni cari tak jumpa. Bc komen smuanya positif jek, sal 2 la nk sgt bc novel ni. Makan masa jgk la nk abiskannya, bkn sbb bz ke apa tp x ad mood nk bc. Nak bc novel pon kn ad mood yg baik gak. Hakimi di kira sbg hero cite ni ke?? Biasanya hero ni mst yg bersama ngan heroin kan… sama ada hidup @ mati. Tp ending cite ni si Afrina ngan Zaidi. Hakimi lak bahagia ngan Natasha walaupun perasaan bersalah tetap terselit dlm hati. Menyesal kemudian dah tak ada guna kan... Mmg tak sangka la Afrina akan kahwin gak ngan Zaidi ni, sbb watak Zaidi bkn byk sgt pon. Sekali sekala jek kuar. Ingatkan di penghujung cite Afrina ngan Hakimi akan hidup berbahagia ( mcm wtk dlm nvl2 sblm ni ). Ternyata tekaan sy meleset sama sekali. Tp ok gak la, sal Zaidi ni baik orgnya, berkerjaya, dan lg ensem dr hakimi yg sombong di awal cite 2.

Tuesday, July 15, 2008

Cendol Pulut...


Cendol pulut drpd Joe Cendol... Emie belanja ptg td... sedappp...

Ronda-ronda...

Hari ni, ak dan teratai g ronda-ronda pacific… tujuan kami hanya satu, nak cari novel. Ak nk beli novel ‘bukan cinta biasa’. Teratai plak nk beli novel ‘lili buat najah’ (kesian dia, lama dh kempunan nk bc novel ni). Kul 8 pagi kami dh kuar sal x nak berserabut ngan org (hari cuti mst rmai yg kuar). X smpai pon 10 mnt tunggu, bas pon smpai (HBR dh la… ). Masa kat dlm bas, pakcik yg duk blkg ak cuit ak sal nk tanya masa. Terkejut gak masa ni, knp nk cuit2… panggil dah la. Jalan kat dpn Pekan Rabu x leh lalu sal ditutup utk perarakan. Tp bgs jugak sal x la jauh sgt kami kena jalan (alhamdulillah...). Setiba di sana, byk kedai yg blom buka, msk pacific dulu tgk brg-brg dapur (rs cam suri rumah lak ms ni...). Yg 2 sedap, yg ni sedap... smua sedap la! Boring kat c2 kami pun msk Popular dan akhirnya... ’bukan cinta biasa’ berada ditanganku dan ’lili buat najah’ pada teratai. Setelah itu, kami g mkn kat food court. Nasi goreng cina selamat dlm perut kami (bez bangat... ). Kami ad la shopping dua tiga brg lps keliling pacific 2... ms kat Shahab Perdana ak g amik tiket Ina yg dh ditempah 3 hari lps dan trs beli tiket nk blk cuti mid sem utk ak n de geng skali. Bas dari utara ke Kuala Terengganu x byk, ak dpt bas tmbhan jek (x pe la dr x de...). Ak borong 7keping tiket . Hmm... masih dlm mood jalan-jalan lg la ni... jom jalan-jalan!


p/s Comey beg yg teratai beli... mahal tuh!!

Sunday, July 13, 2008

Minggu enjoy...

Atie : oo, jd x pjek kta mlm ni adinda..
Aku : mst la kekanda oi.. kul 830..
Atie : okeh.. adinda amek kekanda ye..
Aku : ho la.. t adinda amik kekanda ngan vespa ye.. (‘ ‘,)
Perbincangan sms aku ngan atie malam tadi.. projek jalan-jalan di Mall (mcm la Mall 2 bsr sgt). Disbbkan boring n takde keje kami pon g la menjelajah di Varsity Mall. Minggu ni bleh enjoy lg la. Asgmnt tak dpt lg, bleh lg la nak main-main.. kita enjoy!

p/s Comey nset baru hg Atie!


Saturday, July 12, 2008

Kusyen motor…

Hahaha… memalukan sungguh la. Macam mana bleh tercabut ak sendiri pun tak tau. Masa smpai kat FPK ak dh rs cam kusyen longgar tp masa 2 tak la tercabut lagi. Dalam kelas ko-k ak mesej emie :
Aku : mie.. kusyen mtor ak nk cabut.. ak br perasan.
Emie : dh.. pasang r..
Masa 2 ak tak pasti lak skru ad ke tak ada. Habis jek kls nk trs blk. Buka kusyen utk letak beg. Tak ingat dh masa ni kusyen 2 uzur. Terus tercabut dan terpisah dr motor. Nsb baik tak ramai org, memang malu sungguh ak masa ni. Ak pun main-main tekan jek la utk smtara. Smpai di kolej, tepon emie gtau kusyen dah tercabut. Tak sampai 10 minit emie mai ngan kwn dia, skru pun dh tak tau ilang kat mn. Pkai skru yg dh ad kat dlm motor emie. Bleh la dr tak ada...

Teratak novel...


Thursday, July 3, 2008

Tiba masanya...

Bangun pagi-pagi... Berkongsi bilik... Masuk kelas... Makan nasi bungkus... Berebut bilik air... Susah nak tengok tv... Wat assgmnt... Tensen… Ulang alik library (terpaksa sbnrnya)... Jln-jln kat Mall... Group Discussion… Jumpa lec… Assgmnt kena reject (sabor je la)… Naik bas… Tido lewat malam… Masak maggi… Bancuh milo peket… Pakai formal… Lepak bilik kwn… Sembang-sembang… Bergelak ketawa… Tak puas ati ngan groupmate… Tunggu hari minggu… Kumpul syiling utk beli nescafe dari peti (berjaga malam)… Kunci jam… Minta rumet kejutkan bgn pagi…
Huhu… masa itu telah kembali... setelah menyepikan diri selama hampir 2 bulan... kini tempat itu akan berpenghuni lagi... hihihi

Kenangan dulu-dulu…

Teringat kisah di hari pertama semester lepas… mmg kenangan yg takkan dilupakan la sepanjang perantauan ak di utara… ap4 150 merupakan bilik ketiga yang didiami. Keadaan bilik tu??? Masyaallah… tak melampau la kalo aku katakan bilik yg plg teruk kami duduki. Katil iza berkarat, laci ak xdak, ada anai-anai, bocor sampai kuar klorin mcm kat dlm gua yg dipanggil ‘straw’ (tau ms g KLK kat gua wang burma-kalo x silap la), langsir pudar dan kotor… kami bkn x bersyukur cuma terkilan dan terkejut skit la sbb sblm ni dpt bilik yg ok! Kami g la wat laporan kat pejabat am, diorg ckp bab laci tu ssh skit la sal xdak bekalan. Alamak! Masalah btol la… bilik sebelah ak blom berpenghuni masa tu dan bdk india selang 2 buah bilik ckp bilik tu mmg xdak org sal ad anai-anai (diorg tgh kebas meja study ms tu). Dia tau sal dia penghuni lama kat situ. Ak pun kebas la laci... (ak caya bdk asrama len pon akan ambil tndkan sama). Bkn stkt laci jek lps tu, tak sampai hati tgk katil iza yg berkarat, ak, ayu, dan ina pun angkut la katil sekali dari bilik sebelah (mmg letih gila la ms ni). Katil 2 tingkat dipshkan bahagian atas dan di tukar, mmg satu kerja yg memenatkan. Dah la iza tak terlibat dlm projek ni sal tak balik lg masa ni. Kami yg baik hati ni la yg lakukan kerja2 berat tu smua (tapi ok la sal iza belanja roti Fairy- heheh). Bdk2 dari tngkat atas tgk semcm jek, muka tak senang hati ngan tindkan kami. Lantak la... dh xdak org duk baik ambil je kan… tapi...
Sejam selepas tu, ad budak cina msk bilik tu... kami dan bdk india selang dua buah bilik saling berpandangan... mulut terkunci... hanya bermain bahasa mata... bibir mengukir senyum... paham-paham la...
Takkan nak hantar blk... senyap jek la... syhhh!

Tuesday, July 1, 2008

novel : kasih yang suci...

SINOPSIS
Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang. "Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah? Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

Cite ni bez bg yg suka ksh cinta lepas kahwin. Dah lama tahu kewujudan novel ni dan boleh dikira laku la. Tapi tak terasa nak beli masa tu coz sy tak minat ksh cinta berlainan bangsa nih. Sebelum baca tak tahu lak yg si Seth ni berbangsa Cina, ingatkan Seth yang pakai gulung-gulung atas kepala tu. Disbbkan boring dan tak tau nak beli novel pe, akhirnya terbeli gak novel ni. Beli pun lepas baca komen kat web rinn. Tapi bila dah start baca tu, tak sabar-sabar nak tahu ending dia. Tahan diri spy jgn belek last page ( tp dh tau la epy ending sal bc snopsis dia cite smua ). Kiranya mak bapak Nora ni jenis yg mudah di bawa berbincang la ek. Terima je Seth sbg menantu sbb tak nak batalkan majlis. Tapi tak rasa ke yg Seth msk islam sbb nk kahwin ngan Nora? Boleh ke cam2? Dlm masa sesingkat 2? Tp suka la ngan sifat sabar Seth. Tahan ngan perangai Nora yg agak kebudak-budakan 2. Jd, nak disimpulkan di sini yg sy suka novel ni… heheh.