Sunday, July 20, 2008

novel : bukan cinta biasa...


SINOPSIS

Sifat sabar dan beralah yang dimiliki oleh Shahira membuatkan dia sering menjadi mangsa keadaan. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyakiti apatah lagi mengecewakan insan yang mengharap. Namun sebagai manusia biasa yang serba kekurangan dia tidak mampu memenuhi kehendak dan menjaga hati semua pihak dalam satu masa. Justeru itu lafaz cinta yang ditunggu oleh Anuar sejak dari bangku sekolah lagi hanya dihargai sebagai kawan baiknya. Baginya cita-cita dan impian hidup lebih utama. Namun begitu dia terpaksa akur dengan jodoh yang telah diaturkan oleh keluarganya. Biarpun jauh di sudut hati dia sebenarnya memendam perasaan kecewa.
Pertemuan Shahira dengan Azlisyam di kampus terjadi dalam suasana yang tegang telah mewujudkan persengketaan di antara mereka. Sikap ego Azlisyam turut merubah sifat semulajadi dalam diri Shahira. Keadaan bertambah celaru setelah Shahira mengetahui Azlisyam adalah tunangnya. Tanpa sedar dalam diam mereka sebenarnya menyimpan perasaan cinta di antara satu sama lain. Ego dan kedegilan dalam diri masing-masing telah mengekang mereka untuk berterus terang biarpun rasa rindu ternyata sendat di hati. Akibat salah sangka keadaan bertambah parah tatkala Azlisyam dan Anuar pantang bersua dan meletakkan Shahira dalam situasi yang sukar. Antara sayangnya kepada seorang sahabat yang sentiasa bersama dengan cinta pertamanya yang belum tentu membuahkan bahagia lantaran tiada lafaz cinta yang terucap di antara dia dengan Azlisyam. Anuar yang kecewa tetap setia menanti meskipun disedari penantiannya tiada penghujung. Meskipun cinta Shahira bukan miliknya namun Anuar tidak berdaya membuang rasa rindu dan cinta yang sememangnya utuh di hati.
Takdir dan suratanNya tiada siapa dapat menolak dan menghalang. Berjayakah Anuar merealisasikan impiannya setelah rumahtangga Shahira dan Azlisyam runtuh di saat bahagia mengunjung tiba? Bagaimana reaksi Azlisyam setelah mengetahui cinta Shahira sememang untuknya? Mampukah Azlisyam meraih kembali cintanya setelah Shahira membuat pilihan untuk tidak melukakan lagi hati Anuar yang setia menunggu cintanya?

Sy suka tajuk nvl ni, nmpk unik. Siap ada lirik lagu Siti Nurhaliza- bukan cinta biasa lagi sblm bermulanya cite. Sedih gak la sbb Anuar mati… huhu… tp di awal2 lg sy telah merosakkan pembacaan sy di mn sy tlh membaca hlmn blkg sepintas lalu. Mula cite ngan perkarangan kubur, ingatkan hero cite yg mati, x sbr2 trus jek belek hlmn blkg. Pas2 bila tau hero hidup lg… hmm, br ad smgt nk bc… hehe… Anuar mmg lelaki baik, bak kata Shahira satu dlm seribu belum tentu lg dpt berjumpa insan seperti Anuar. Tp nak wat camne, dh sampai ajal dia kan… redha jek la. Geram gak la ngan Azlisyam, cemburu tak bertempat, sbb ego punya psl sanggup jatuhkan talak pd Shahira. Masih x boleh terima hakikat yg Shahira ngan Anuar bershbt baik sekian lama. Tp ending cite bez la wpun berakhir d perkarangan kubur tmpt Anuar di semadikan.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home