Tuesday, July 1, 2008

novel : kasih yang suci...

SINOPSIS
Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang. "Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah? Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

Cite ni bez bg yg suka ksh cinta lepas kahwin. Dah lama tahu kewujudan novel ni dan boleh dikira laku la. Tapi tak terasa nak beli masa tu coz sy tak minat ksh cinta berlainan bangsa nih. Sebelum baca tak tahu lak yg si Seth ni berbangsa Cina, ingatkan Seth yang pakai gulung-gulung atas kepala tu. Disbbkan boring dan tak tau nak beli novel pe, akhirnya terbeli gak novel ni. Beli pun lepas baca komen kat web rinn. Tapi bila dah start baca tu, tak sabar-sabar nak tahu ending dia. Tahan diri spy jgn belek last page ( tp dh tau la epy ending sal bc snopsis dia cite smua ). Kiranya mak bapak Nora ni jenis yg mudah di bawa berbincang la ek. Terima je Seth sbg menantu sbb tak nak batalkan majlis. Tapi tak rasa ke yg Seth msk islam sbb nk kahwin ngan Nora? Boleh ke cam2? Dlm masa sesingkat 2? Tp suka la ngan sifat sabar Seth. Tahan ngan perangai Nora yg agak kebudak-budakan 2. Jd, nak disimpulkan di sini yg sy suka novel ni… heheh.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home