Monday, May 26, 2008

novel : Lili buat Najah...

SINOPSIS
Telah kau tunai seribu janji satu kau mungkiri… hidup bersamaku…
Aku dan Najah kenal di depan Stadium Old Trafford, berkahwin sembunyi-sembunyi di Tanah Ratu. Sekembali ke tanah air, aku dan Najah harus pula menjadi pelakon di depan mama yang sudah ada pilihan sendiri. Itulah permulaan kisah ini... yang bagaikan sudah terang lagi bersuluh. Apakah boleh aku memilih jalan ceritaku sendiri, Najah? Jika tidak, bagaimana pula dengan perasaan? Berkorban perasaanlah yang paling memedihkan, kerana perasaan itu tidak pernah ada bau dan warna: lalu sukarnya untuk orang lain memahami, apatah lagi merasai... Tulis Najah: apalah maknanya bulan kalau langit diselubungi mendung, apalah ertinya mentari kalau sinarnya dihalang gerhana, jadi bagaimana aku harus terus hidup kalau mentari tak mahu berkongsi kehangatannya dan bulan tidak mahu meminjamkan sinarnya…? Najah, sudah jadi fitrah alam... matahari itu tetap terbit dari arah timur, dan bulan pula tetap setia menemani malam!
Nazurah Aishah, menulis Lili Buat Najah dari kaca mata hatinya... Sebuah kisah yang mengesankan pada yg sedia berkongsi rasa

17 Mei 2008 ( dipetik dari my diary '08' )

Huhu… aku di landa kesedihan yang teramat ni… sedih bangat cite ni… “Lili Buat Najah” meninggalkan kesan yang mendalam kat ak…dlm tkt2 nk bc khatam jgk ak nvl 2… sampai berkali-kali ak nangis nak abiskan nvl 2…ak rasa cam takut nak abiskan sal ak xnak Najah mati! Ak xleh terima kenyataan ( walaupun hanya dlm nvl )… nangis sampai rasa sembab mata aku, malu nak kuar bilik tp sbb ak x solat zohor lg terpaksa gak kuar… emo ke ak ??? ak ngaku mmg aku emotional kalo tiba bab camni, ak mmg x bleh terima kehilangan… tmbh lagi kalo kehilangan insan yang baik hati cam Najah! ak kagum ngan Nazurah Aishah sbb mampu wat karya sehebat ni! Nvl ni ak bli dh lama, masa exam week lagi tapi xde masa nak bc sal sibuk ngan exam kan (ak tkt nk bc sbnrnya, sbb ak dh belek cite ni bkn epy ending )… lps ni x tau la ak belek ke tidak lg nvl ni…plek kan ak?? tp ini la ak…

1 Comments:

Blogger CikJa said...

memang sedih gile novel ni..
memang tk dapat terima kenyataan

March 7, 2009 at 10:57 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home