Monday, June 30, 2008

novel : bukan terlarang...

SINOPSIS
Maisara merenung lama wajah Imran yang sedang lena, lelaki yang terpaksa dikahwininya. Sememangnya hati Maisara rela bersuamikan Imran. Sejak zaman sekolah lagi dia mencintai Imran. Namun, cinta itu tetap menjadi rahsia hatinya. Sesungguhnya, Maisara menyintai lelaki itu sepenuh jiwa raganya dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dgn rela sedangkan Imran menganggapnya tidak lebih daripada seorg sahabat baik. Perkahwinan mereka pun atas dasar terpaksa. Cinta Imran hanyalah utk Tina. Kemesraan Imran terhadapnya sebagai pasangan suami isteri hanyalah sebuah lakonan semata-mata, demi menjaga hati emaknya yang amat menyayangi Maisara sbg seorang menantu. Namun, Maisara tidak tahu sampai bila dia mampu bertahan, merelakan dirinya seumpama pohon yang semakin layu kerana tidak disiram. Dia mahukan keadilan utk diri dan maruahnya sebagai wanita. Mampukah dia meraih cinta Imran atau akan berkuburkah perkahwinan mereka seperti yang telah dirancang oleh Imran?
Merata tempat sy cari novel nih. Boleh dikatakan semua kedai buku kat tempat sy, semua dah masuk dan keluar ngan perasaan hampa. Ada gak tanya kat kaunter dan jawapan diorg ”dah abis”. Dalam hati kata lakunya novel ni, mesti best sesangat nih. Dan bila tanya bila sampai yang baru, org kat kedai ckp ”dah tak order lagi”. Hampa! Tapi pelik gak, kalau laku takkan tak buat pesanan lagi kan? Mungkin sebab mahal kot, hati jawab. RM35.00 tu! Novel paling mahal yg sy ada setakat ni. Tapi betul la org ckp kalo terlalu mengharap kita takkan dapat, kalo yg tak harap sangat tu la kita akan dapat. On de wei bek dr klinik sal teman sepupu g wat medical check up, singgah jap kat Pustaka Murni. Masa ni memang tak harap nak beli buku pun, saje jek la singgah dah alang-alang lalu ( Memang dah jadi tabiat kot ). Duit pun tak bawak masuk, tinggal kat sepupu kat luar. Dah nama rezeki bleh baca agaknya, ada la novel ni. Akak kat kedai ckp baru jek sampai. Sy tengok ada la beberapa buah, banyak jugak la. Hati berbunga riang, tak sabar nak baca. Bila buka jek mukasurat pertama terkejut gak tgk saiz font dia. Dalam hati kata patut la buku ni tebal. Trs trg, permulaan dia boring sikit la. Kalo nak dibndgkan ngan kasih yang suci, Seth ngan Nora lg best la. Nak beri pendapat lebih-lebih pun tak berani, sal mesti penulis tu dah wat yang terbaik. Tak nak la lekehkan org ngan pndpt kita yg tak seberapa ni. Tapi tak la hampa sangat, boleh jadikan koleksi la.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home