Saturday, June 21, 2008

Aku yang cuai…

Tak ingat? Tergesa-gesa? @ Cuai?...

Tak ingat? macam tak sesuai ngan keadaan. Tergesa-gesa? Tak la, bukan nak g mana-mana pun lepas tu. Cuai? Mungkin la.... “aku yang cuai”... tajuk cite kali ni. Suatu kejadian berlaku minggu lepas, kalo tak silap hari Ahad kot. Aku dan seorang teman ke bandar, saja jalan-jalan. Mula-mula aku g kedai Vincci, saja nak tengok-tengok, cuci mata. Tak sangka tersangkut gak ngan 2 pasang kasut. Beli jek la, lagipun kasut aku dah rosak. Kalo setakat nak g bandar, selipar jepun pun aku pakai. Tapi untuk ke kuliah tak sesuai la kan... kuar Vincci aku singgah jap kat tempat kerja clasmet aku, sembang-sembang. Lepas tu, terus ke bank islam masukkan duit skit. Biasanya, aku tak masukkan kad, tapi hari tu aku malas nak tengok no akaun aku dalam hset. Lepas tu singgah kat keta jap simpan kasut yang dibeli sebelum masuk lak kedai buku. Mula-mula masuk pustaka dewan, tak de buku yang aku cari. Terus ke pustaka seri intan 1, tak de jugak. Rasa letih, g minum dekat stesen bas MBKT (masa ni la teman aku ni tertinggal hset dia, nasib baik makcik kedai tu baik hati panggil kami) sebelum naik atas tengok barang (nak balik awal lagi). Dah alang-alang berjalan, terus ke pustaka seri intan 2 (tak jauh mana pun 3 kedai tu). Nasib baik teman aku ni suka berjalan... lepas dah tak tau nak ronda mana lagi, kami pun balik. Tak sedar apa-apa pun lagi...
Sehinggalah malam Rabu (dah masuk hari khamis sebenarnya) minggu yang sama, baru aku perasan yang kad matrik aku tak de. Masa tu memang dah dapat rasa yang aku tertinggal kad kat bank islam masa simpan duit. Sebab aku takkan kuarkan kad tu dari beg saja-saja. Tmbh lak, time cuti ni tak de sebab nak guna kad matrik tu kalo tak berkenaan ngan urusan bank. Tanpa buang masa, aku pun col la teman aku untuk dptkan kepastian... masa tu jam hset aku kul 12.24am (aku buka hset utk tgk masa panggilan dibuat). Tengah mamai dia cakap dia pun tak perasan aku amik ke tak, pastu dia janji nak temankan aku pergi bank pagi-pagi sok.
Keesokkan paginya, kami g lg ke bank. Kul 9.15, dah ramai beratur kat depan pintu. Aku pun beratur la sama (sbb tak tau urusan aku tak payah amik no giliran). Tepat kul 9.30, pintu pun dibuka. Aku jumpa pak guard dulu, pastu dia suruh ke kaunter 1. Dalam hati dah rancang nak sekat no akaun masa tu. “kak, ade jupe kad matrik saya dok dua tiga hari lepas kat mesin depan?” tanya aku. Akak tu pun buka laci dan belek-belek kad yang ada (dalam hati aku kata banyak gak kad org ilang). “matrik mana?” Dia tanya aku. Aku pun jawab la. Dia pun buka kotak kad yang ke2, pastu dia tanya nama apa dan aku bgtau la nama aku. Aku pun nmpk dia tarik satu kad. Dari situ, aku dah nmpk dia pgg kad aku... alhamdulillah. Aku kena isi borang kehilangan kad dulu sebelum boleh amik balik kad aku...

p/s Terima kasih la pd org yg baik hati jumpa kad aku dan serahkan pd phk bank walau di mana jua dia berada...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home