Tuesday, May 27, 2008

Emie… oh… emie…

Hohoho… bro, rahsiamu telah ku ketahui… nak dijadikan cite, pada suatu petang… di mana aku sedang asyik mengadap laptop sambil memerah idea untuk penulisan rojakku… Ma datang ke bilikku dan menghulurkan kotak yang cantik berwarna merah, siap diikat ngan reben lagi… ada tulis ‘I love you’ kat kotak tu… heheh… tp jgn slh sangka, kerana kotak itu bkn milikku… aku mahu membuka kotak itu untuk melihat isinya tapi di halang oleh Ma. Tapi aku sempat, membelek kad kecil yang tergantung pada kotak itu… tgk gaya mcm dari seseorg yg special jek… Ma mengatakan dia terjumpa kotak itu di dalam almari baju Emie semasa hendak mengemas. Tambah Ma lagi, kotak itu seperti sengaja di sorokkan di tingkat atas beb! Heheh... kalo betul sekadar kotak biasa tanpa rahsia, knp mesti di sorokkan di tempat mcm 2 kan ?... Jwb bro... Jwb...

pemandu berhemah...

Ak la pemandu bangun tido… nak tau knp ak menggelarkan diri sedemikian rupa?? Ak selalu jek dikejutkan atau lebih tepat lagi tido ak selalu jek di ganggu oleh somebody kerana tuntutan menjadi pemandu… heheh… petang kelmarin ak dikejutkan Aboh untuk menjadi pemandu lagi… Aboh suruh hantar dia kat bengkel ‘mamat’ untuk ambil kereta dia yang dihantar servis pagi kelmarin. Nak tak nak terpaksalah ak bawak jugak keta Abg Jal yang ak sentuh kadang-kadang tu… ak dah ler tak biasa ngan keta auto, nak bwk TAJ 7002, Emie pulak keluar g kenduri dari tghari tak balik-balik… kacau la… Kejadian ni bkn sekali ni jek terjadi dlm hidup ak, masa g ambil Emie blk bercuti kat Utara tanahair, ak yg tgh mamai ni la ( dibgnkan dari tido gak ) yg jadi pemandu sal Aboh dh tak larat nak drive. Kalo org kat luar tgk pun diorg plek agaknya, apa taknya… ak yg paling kecil kat dlm keta yg jadi pemandu! ( mesti sbb Aboh yakin ngan tahap kecekapan pemanduan ak drpd Abg Jal @ Emie, sal kalo dibandgkan ngan diorg ak yg plg kerap bwk keta… heheh – syok sendiri ) Tu tak cite lagi, ak dibangunkan dari tido sbb nak kena g beli barang dapur, anywhere la…

cerita suatu pagi... 4 mei 2008

Ha ha ha… disebabkan tak tidur semalaman dan batalkan niat nak study malam tadi gara-gara baca novel terbaru yang aku beli ( tentang… dhiya- kirim kat iza ), aku pun landing la balik lepas solat subuh tadi… ( sebenarnya memang tu dah jadi tabiat aku ) Huhu… tu pun nasib baik la ina kejutkan, kalau tak mungkin terbabas dah kot... apa taknya, tidur kul 6 beb… tapiiiiii… aku puas… kah kah kah…
Tapi, ni bukan nak cite pasal bangun tidur ke, baca novel ke, dan apa-apa ke… walaupun tak dinafikan sebab-musabab tu semua ada sangkut pautnya… hehe… nak tau??? Jeng… jeng… jeng…sebenarnya nak cite sal mimpi aku ( lepas tidur balik usai solat subuh ) yang membuatkan aku terangkat kaki ala- ala nak menendang la katakan… ( tapi memang nak menendang pun ) apa taknye, aku boleh termimpi nak jadi mangsa ragut. Dalam mimpi tu, aku tengah menarik beg sandang aku dari watak kedua dalam mimpi tu… ( watak utamanya aku la ) berlaku adegan tarik menarik… bodoh tul la… pencuri tu… ada ke patut nak curi kat depan-depan orang… kononnya nak tunjuk expert la kot… hampeh…
Dan, yang agak memalukan aku bila ina yang sedang tekun duk study kat meja studynya nampak kelakuan aku yang tengah terangkat kaki tu… siap tanya lagi “kenapa?”… aku pun yang tengah mamai sikit-sikit pun cakaplah sambil buat-buat mamai… “tersentak”… dia pun senyum je… Nasib baik tak tanya banyak ( dia nak exam petang ni- patut la tak tanya lebih-lebih ). Dah pukul 12.30 p.m la ( jam laptop aku ), nak sambung study r, qadar yang semalam… hehe … itu la aku… tak sedar-sedar lagi… ~dipetik dari my diary '08'~

AYAT-AYAT NOVEL...

rindu, cinta dan kasih sayang kita takkan pernah berakhir
biarpun nafas akan terhenti...
– lili buat najah –

telah kau tunai seribu janji
satu kau mungkiri... hidup bersamaku...
– lili buat najah -

hidup ini rupa-rupanya tidak pernah ada ’titik’ sebelum tiba waktunya. Hidup adalah suatu perjalanan waktu! - surat ungu untuk nuha –

benarkah kepercayaan itu umpama sebuah kristal, cantik memukau mata, tapi sekali terhempas tak mungkin akan dapat bercantum kembali? - segalanya untukmu –

whatever will be... will be... the future’s not ours to see. – bayangan rindu –

dalam soal hati… benarkah perempuan tidak pernah dewasa? - selamat tinggal sayang –

takkan terganti segenap memori, takkan terpadam seluruh kenangan - tinggallah pujaan –

aku datang membawa sejambak kenangan dari halaman mimpi kita buat hari esok - janjiku bersamamu –

cinta ini tak akan terhakis, cuma kealpaan yang mengguris... – rindu cintaku –

tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku... – cinta... tiada akhirnya –

teman... injak kakiku terasa longlai ke udara...
tiada rasa sayu, tiada rasa pilu...
andainya aku tiada, abadikan memori kita bersama
pahatkan tanda kuburku dengan kasih sayang kalian
sewangi mawar putih dan haruman kasturi...
– hadirnya cinta -

jika rindu itu berbunga cinta, air mata itu pula adalah embun di kelopaknya - kau sayangku –

Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari maha pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan... bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya... – cinta... tiada akhirnya –

Oh... bulan, khabarkan padanya aku berkirim rindu. Dan, bulan... senyumlah padanya kerana senyumku tidak secerah sinarmu... – cinta... tiada akhirnya –

Umpama berlari ke langit, setelah penat pasti pulang ke titik permulaan. Tetapi perjalanan tetap akan di teruskan. – jika benar cinta –

biarlah di telan segala kepahitan semalam kiranya itu semua akan memberikan kemanisan hari yang mendatang. – kau yang satu –

hidup ini tidak seindah yang kita sangka... mungkin hari ini kita bernasib baik, esok kita belum tahu takdir kita macam mana. – relaku menanti –

kita sentiasa mengharap agar panas sampai ke petang, tapi kadang kala gerimis melanda di tengahari... biarpun demikian, pelangi tak pernah lupa untuk menjelmakan dirinya setiap kali gerimis mengundang. – seredup kasihmu –

Indahnya mimpi hanya sementara. Pahitnya sebuah kenyataan, sebenarnya lebih indah dari mimpi yang sekadar mengasyikkan. – tak seindah mimpi –

Kebahagiaan ibarat api yang membakar. Menang atau kalah bukan jawapannya... Cuma jangan binasa mengikut rasa kerana impian itu lebih manis dari kenyataan. – tak semanis impian –

Hidup ini bukan lagi satu mimpi. Manusia sering terperangkap dalam pesona mimpi yang amat indah, indah tetapi memilukan. Hidup juga bukan satu khayalan, bukan angan-angan... berpijaklah dibumi nyata. – tiada lagi mimpi –

Hidup ini memang selalu keras dan penuh tantangan. Sesekali disepuh warna-warni yang meninggalkan keriangan... tidak kurang diliputi mendung hitam yang membawa kedukaan. – tiada lagi mimpi –

ada apa dengan nama jika tidak seindah maknanya, ada apa pada rupa jika tidak secantik bahasanya, ada apa dengan manusia jika tiada cita-cita dan ada apa pada hati jika tiada iman.

Apa yang pasti semua yang indah akan kepudaran dan semua yang hidup akan menemui kematian... kerana segalanya adalah pinjaman untuk meneruskan perjalanan kehidupan.

Di kejauhan ini... aku berlari, aku mendaki. Namun mengapa aku kembali, kembali kepadamu, sahabat kekal abadi. Membawa satu perkhabaran tentang pentingnya persahabatan, tentang pentingnya perhubungan.

Jika seluruh sahabatku melompat dari suatu jurang, aku takkan mengikuti mereka. Tapi aku akan berada di dasar jurang untuk menangkap mereka. Aku akan merangkulnya dengan kedua lenganku.

Mati bagi seseorang umpama tidur yang panjang... seseorang itu mungkin mengharapkan teman tidur seiring dengannya untuk mengecapi mimpi yang indah. Namun begitu, dia akan tetap mendoakan agar temannya mengharungi hidup ini dengan tabah walaupun bersendirian...

Persahabatan adalah satu jiwa dalam dua raga, jangan kamu berjalan di depanku, aku tidak dapat mengikutimu, jangan kamu berada di belakangku, aku tak bisa memimpinmu, berjalanlah di sampingku, jadilah temanku...

hiduplah dengan sepenuhnya setiap saat, sementara masih ada masa... entah esok ada atau tiada...


Monday, May 26, 2008

novel : Lili buat Najah...

SINOPSIS
Telah kau tunai seribu janji satu kau mungkiri… hidup bersamaku…
Aku dan Najah kenal di depan Stadium Old Trafford, berkahwin sembunyi-sembunyi di Tanah Ratu. Sekembali ke tanah air, aku dan Najah harus pula menjadi pelakon di depan mama yang sudah ada pilihan sendiri. Itulah permulaan kisah ini... yang bagaikan sudah terang lagi bersuluh. Apakah boleh aku memilih jalan ceritaku sendiri, Najah? Jika tidak, bagaimana pula dengan perasaan? Berkorban perasaanlah yang paling memedihkan, kerana perasaan itu tidak pernah ada bau dan warna: lalu sukarnya untuk orang lain memahami, apatah lagi merasai... Tulis Najah: apalah maknanya bulan kalau langit diselubungi mendung, apalah ertinya mentari kalau sinarnya dihalang gerhana, jadi bagaimana aku harus terus hidup kalau mentari tak mahu berkongsi kehangatannya dan bulan tidak mahu meminjamkan sinarnya…? Najah, sudah jadi fitrah alam... matahari itu tetap terbit dari arah timur, dan bulan pula tetap setia menemani malam!
Nazurah Aishah, menulis Lili Buat Najah dari kaca mata hatinya... Sebuah kisah yang mengesankan pada yg sedia berkongsi rasa

17 Mei 2008 ( dipetik dari my diary '08' )

Huhu… aku di landa kesedihan yang teramat ni… sedih bangat cite ni… “Lili Buat Najah” meninggalkan kesan yang mendalam kat ak…dlm tkt2 nk bc khatam jgk ak nvl 2… sampai berkali-kali ak nangis nak abiskan nvl 2…ak rasa cam takut nak abiskan sal ak xnak Najah mati! Ak xleh terima kenyataan ( walaupun hanya dlm nvl )… nangis sampai rasa sembab mata aku, malu nak kuar bilik tp sbb ak x solat zohor lg terpaksa gak kuar… emo ke ak ??? ak ngaku mmg aku emotional kalo tiba bab camni, ak mmg x bleh terima kehilangan… tmbh lagi kalo kehilangan insan yang baik hati cam Najah! ak kagum ngan Nazurah Aishah sbb mampu wat karya sehebat ni! Nvl ni ak bli dh lama, masa exam week lagi tapi xde masa nak bc sal sibuk ngan exam kan (ak tkt nk bc sbnrnya, sbb ak dh belek cite ni bkn epy ending )… lps ni x tau la ak belek ke tidak lg nvl ni…plek kan ak?? tp ini la ak…

penghuni teratak novel...

gerimis di hati
tak seindah mimpi
tak semanis impian
tiada lagi mimpi
cinta pertama
ombak rindu
cinta... tiada akhirnya
rindu cintaku
duri
saat cinta bersemi
relaku menanti
senafas cinta
ternyata cinta
kau yang satu
ada cinta di hati
kasih dania
mahligai cinta
kau kekasihku
bayangan rindu
seribu kali sayang
jauh
jendela hati
adam dan hawa
semusim rindu
janjiku bersamamu
segalanya untukmu
ria qistina
epilog cinta
hak cinta terpelihara
cinta mekar di hati
tentang... dhiya
kopi susu sepatu biru
5 tahun 5 bulan
aA + bB
lili buat najah
gurindam jiwa
relevankah aku di hatimu aka radha
tinggallah pujaan
kalau ada jodoh
bila hati berbisik
seharum kemboja
selamat tinggal sayang
permata hati
lamaran kedua
angin dingin dari utara
rinduku di angin lalu
kerana kau lelakiku
kasih yang suci
bukan terlarang

bicara hati
sejujur hatimu
bohemian
belaianmu
murni kasih
kuseru kasihmu

bukan cinta biasa
mengukir bahagia
surat ungu untuk nuha
kembalikan cintaku
pesona rindu