Sunday, August 31, 2008

Puasa…






Puasa datang lagi… msk yg ni, dh thn ke3 berpuasa di tmpt org. Nk raya br blk kg, ms tu puasa dh nk abis dh… x smpai semgu pon berpuasa kat umah. Sedih? Sedih la jgk, fmily ak x ramai… dr 5org kat meja mkn, tinggal 4org bla emie smbg blaja. Pas2, trn ke 3org bila abg jal berhijrah keje kat KL. Pas2, tgal ma ngan aboh jek la bla tiba gliran ak tinggalkan umah… trs kekal cam2 smpai skrg bila emie pon smbg lg kat tmpt ak. Abg jal slalu blk, tiap2 mgu mst blk… ak ngan emie pon… tp kali ni xleh nk nymbut hr pertama puasa kt umah sbb xde tiket la… kesian… kalo x mlm sabtu ktorg dh blk. Teringat sem 1 dulu, tiap2 mngu ak wajib blk… heheh… duit abis utk tiket jek… ms 2 xdpt biasakn diri kat cni lg… ko-k lak xde lg… hm, sonoknye, xde ko-k… InsyaAllah, kalo dizinkan tuhan n umo ak pjg thn dpn bleh la berpuasa kt umah lg cam dulu2… Emie? Xbleh lagi sbb dia kn blaja smpai tua… heheh. Abg jal? Xde mslh bg dia sbb dia dh keje… Kpada semua umat islam ak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yg mulia ini… lalui la ngan sebaik-baiknya! Epy oweys…

Saturday, August 30, 2008

Merdeka…






Kalo org yg lahir dr tarikh 1 hingga 31 ogos d kira sbg ank merdeka, kiranya ak anak merdeka la… heheh… Tarikh lahir? Biar la rahsia… 3thn xdpt tgk bdk2 kg ak bwk bendera pd mlm merdeka. Kalo dulu ak suka tunggu sblm detik 12mlm, berderet-deret bdk2 kecil, sebaya ak, org tua ak x pst… otw g depan istana maziah nk tgu detik 12mlm kt sn… riuh rendah ngan suara2… berdesing telinga sekali-sekala bila ad yg putus wyr lalu nk tjk kehebatan bwk motor diaorg… hm, bdk2 zmn skrg… Thn pertama kt cni, ak smbt mlm merdeka dlm bas sal ak blk kg mlm 2. Tgu bas punya lama, masyaAllah… dh la nek bas tmbhn, bas yg spttnya kul 930 kat shahab perdana tiba kul 11lbh… nsb bek Atie ad tmnkn ak mlm 2… Trimas Atie! Ak syg hg! Thn kedua lak, ak smbt kat kompleks sukan sbb mlm 2 ak ad integrasi ko-k… sonok sgt mlm 2, rumet ak smua berkumpul kat sn… tgu bunga api… heheh… gambar? Cam biasa la… pnya la posing, xpndg dh kiri kanan. Smpai abis bateri kamera ak! Thn ketiga lak? Ak mls nk cite sbb ak xde mood…
p/s selamat menyambut kemerdekaan wat semua… ak bangga menjadi anak malaysia!
Tambahan : Thn ketiga ak hanya terperap di bilik aje! Mls nk g mn2, org duk cbuk2 nk g kompleks sukan utk menanti ambang kemerdekaan d sana tp ak hanya melepakkn diriku jap2 d atas krusi, jap2 d atas katil smbil terus menyelak helaian demi helaian novel berjudul ‘pesona rindu’! heheh…
~3:55 am~

Program kerjaya??

Kalo tgk dr cara ktorg lalui prog ni, mst ramai yg akan tertanya-tanya ‘btol ke prog utk peng kerjaya?’… Seronok? Bleh la… Kalo sem lepas kn wat flying fox tp sem ni kn msk hutan sintok la plak… ak xksh kalo takat jungle trekking 4 or 5 jam… bukan x biasa, kami dlm kembara dh terbiasa ngan situasi 2… tp kalo mai bab pacat… mak ai… mslh bsr bg ak la! Ak yg ala-ala ceria stiap ms ni, epy go lucky la kononnya (bg yg knl ak la) bleh berubah jd pendiam dan tak tegur org bila tgk pacat yg terkedek-kedek 2! Tgk cara dia jalan pon ak dh jd seram sejuk. Bab bergambar? Heheh… ad, mst la kn ad kan… nk wat kngn d hari tua…
p/s d len wk2 ak pos gmbr kat cni!

Thursday, August 21, 2008

check ur blog...

1. kotak dialog
Ini amat penting dalam blog. Tujuannya, untuk tetamu ke blog bertanya, memberi pandangan, ucapan salam, dan sebagainya. – ada -
2. counter
Ini supaya kita tahu berapa ramai jumlah hit ke blog kita. Kalau sikit, kita akan perbaguskan lagi isinya. Dan kalau ramai, itulah kemuncak kepuasan jiwa bagi sang blogger. –tak ada, rasa menyemak -

3. gambar
Kalau boleh setiap artikel di tampikan bersama gambar. Inilah menjadi penarik kepada blog kita. – ada, tp tak semua la -
4. kolom
Kalau dah mahir sikit lagi, elok bertukar kepada blog 3 kolom. Caranya mudah saja. Ianya seakan website dan banyak mesej yang boleh kita selitkan lagi. – tak ada, tak tau nak cite pe lg kalo bka 3 kolom -
5. link list
Kawan-kawan blog akan rasa dihargai sekiranya kita letakkan nama blog mereka salah satu di antara link list blog kita. Lagipun ini menjadi shortcut untuk kita ke blog lain. –ada, kawan2 korg bangga tak ak letak link korg? Heheh -
6. sentiasa update
Ambil sedikit masa untuk update blog anda setiap minggu kalau tak dapat setiap hari. Kalau ingin jimat masa, siapkan dulu artikel dan foto. Bila buka blog terus saja kita post dan publish. – hmm, tgk kelapangan la n modal nak cite pe -
7. sentiasa tambah ilmu dunia blog dan ICT
Jangan malu untuk bertanya pada kawan yang tak lokek ilmu. Kelak anda akan rasa bertuah kerana memiliki ilmu dunia setaraf dengan orang lain. – insyaAllah -
8. sentiasa mempunyai ikatan dengan rakan
Jawablah pertanyaan tetamu yang hadir dan menulis sesuatu di kotak dialog kita. Tanpa memberi jawapan orang mengira anda sendiri tidak pernah melayari blog anda. Jadi orang berfikir... untuk apa aku layari blog si dia. – insyaAllah -
9. sentiasa explore blog kenalan lain
Sentiasa mencari kenalan blog. Ziarahi blog orang lain yang belum anda kenali, ajak mereka bertandang ke blog anda. Dengan itu, rakan blog anda akan bertambah. – ada, selalu gak jenguk blog org -

10. pahala
Kita boleh sedekah ilmu melalui blog ini. Itu pahala. Ingat, bila habis nyawa seorang anak Adam, maka yang tinggal hanyalah 3 perkara:
· ilmu yang bermanfaat
· anak yang soleh
· sedekah jariah - insyaAllah -

sumber: http://norish77.blogspot.com

Alhamdulillah…

Ak dh dapat tmpt praktikum… kat YPU Terengganu… X sangka gak sbnrnya akan dpt jwpn secepat ni… Ingtkan makan masa yg lama, yela bkn ak sorg jek yg mohon nk praktikum kat c2. Mst kn bersaing ngan org len lg kan? Ok la tmpt 2, bkn dlm pusat bndr… so, xyah la nk berserabut pagi2 hari … heheh… (“,)

Wednesday, August 20, 2008

istimewa buat Teratai...

REALITI DI SEBALIK ISU PENDATANG TANPA IZIN
Pendatang tanpa izin telah masuk ke Malaysia sejak dahulu lagi dan jumlahnya semakin bertambah sejak kebelakangan ini. Namun begitu, keadaan ini masih terkawal kerana golongan migran tidak hanya tertumpu di Malaysia sahaja tetapi turut berhijrah ke negara Asia yang lain seperti Singapura, Arab Saudi, dan sebagainya. Kebanyakan mereka adalah berasal daripada negara Indonesia, Bangladesh, dan Filipina. Kedatangan imigrasi turut memberikan manfaat kepada negara penerima di mana golongan ini dapat memenuhi keperluan tenaga kerja yang diperlukan terutamanya bagi tawaran pekerjaan yang tidak diingini oleh rakyat tempatan maka terpaksa diisi oleh pekerja migran. Golongan ini sanggup berkhidmat walaupun mendapat upah atau ganjaran yang sedikit tanpa sebarang jaminan kerana bagi mereka ganjaran tersebut adalah lebih tinggi berbanding di negara sendiri. Laporan ILO 1997 mendapati bahawa pekerja Indonesia hanya menerima RM0.28 setiap hari/perorangan di negara asalnya berbanding RM2.00 atau lebih di Malaysia. Hal sedemikianlah yang telah mendorong mereka berhijrah meninggalkan negara asal masing-masing bagi memperbaiki keadaan ekonomi mereka. Kesan positif turut dirasai oleh negara asal di mana masalah pengangguran dapat dikurangkan. Kebanyakan imigrasi daripada Indonesia datang tanpa cara yang sah dan mereka terdiri dari golongan tenaga kerja kurang mahir yang di monopoli oleh perempuan. Terdapat pihak-pihak tertentu yang telah menuding jari pada pendatang asing dengan menyatakan pekerja migran mampu mengubah imbangan perkauman, hak mengundi dan masalah sosial lain seperti jenayah, pelacuran, dan pengedaran dadah. Hal ini mendorong kerajaan mengetatkan lagi penjagaan di sempadan negara dengan menahan dan menghantar kembali pekerja tanpa izin pulang ke negara asal. Namun begitu, tuntutan terhadap keperluan tenaga kerja di sektor tanaman, pembinaan dan perkhidmatan yang tidak mencukupi telah mendorong kerajaan Malaysia bekerjasama dengan Indonesia agar imigrasi di bawa masuk semula melalui cara yang sah. Namun, cara yang diketengahkan masih tidak menampakkan kesan yang positif ekoran daripada jenayah rasuah yang berlaku. Pendatang tanpa izin dapat masuk dengan sewenangnya tanpa perlu membayar yuran bagi pasport, visa, dan permit bekerja. Pada awalnya, kerajaan jelas menggalakkan kemasukan pendatang tanpa izin ke dalam negara melalui sikap lewa yang diambil terhadap sekatan dan tahanan. Bermula tahun 1982, persepsi tersebut telah bertukar bahawa pendatang asing menyebabkan peningkatan pengangguran dalam negara kerana ianya telah diisi oleh pekerja asing. Disamping itu, mereka turut di salahkan dalam hal tahap gaji yang rendah, peningkatan kos perumahan, peningkatan cukai perkhidmatan, dan punca jenayah. Kemerosotan ekonomi yang melanda Malaysia telah menggiatkan lagi usaha untuk menghantar kembali pendatang dari Indonesia balik ke negara asal. Demi menjaga kepentingan diplomatik dengan Indonesia, Malaysia terpaksa berlembut dengan tidak mengambil tindakan sepenuhnya terhadap usaha menghantar balik pendatang asing. Perjanjian Medan telah ditanggani untuk menanggani imigrasi tanpa izin dalam sektor tanaman dan perkhidmatan rumahtangga tetapi telah menemui kegagalan. Seterusnya perjanjian baru telah dibuat yang lebih memberat kepada pekerja migran di mana mereka akan disahkan sekiranya melaporkan diri ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur dan kembali semula ke negara asal sementara menunggu terdapat mana-mana majikan yang berminat untuk membiayai perjalanan mereka. Permit bekerja selama dua tahun akan dikeluarkan dengan kemungkinan setahun perlanjutan. Namun demikian, hal ini menimbulkan masalah apabila terlampau ramai yang memohon diikuti dengan sistem pengurusan permohonan yang lemah. Keterlibatan orang-orang tengah, masalah pengangkutan, dan keselamatan migran yang terancam telah menjadi persoalan kepada tahap kebertanggungjawaban Malaysia dan Indonesia dalam usaha melindungi pekerja migran. Hubungan Malaysia-Indonesia bagaimanapun telah mengalami ketegangan apabila pekerja tanpa izin Indonesia yang dituduh mengedar dadah dikenakan hukuman mati tanpa diberikan hak membela diri. Seterusnya, krisis kewangan yang melanda negara pada tahun 1997, telah memaksa Malaysia menghantar kembali pekerja asing dalam bidang-bidang tidak produktif walapun mereka mempunyai visa atau permit bekerja yang sah. Hal ini mendapat tentangan yang hebat daripada imigrasi sehingga berlakunya pertumpahan darah dan menimbulkan pengutukan antarabangsa. Jelas bahawa perkembangan ekonomi tidak seimbang yang dialami telah memaksa rakyat berhijrah ke negara lain untuk mencari sumber pendapatan. Tahap pendidikan yang rendah juga mendorong mereka mencari pekerjaan diluar terutamanya bagi yang tinggal di luar bandar. Langkah-langkah yang diambil tidak mampu menyekat kemasukan pendatang tanpa izin. Taraf gaji yang berbeza dengan negara-negara jiran memastikan aliran pendatang tanpa izin sentiasa berterusan. Gerakan-gerakan pekerja juga telah wujud di kebanyakan negara bagi menanggani kesusahan seperti pemeliharaan gaji, pemecatan, dan sebagainya. Penubuhan gerakan ini diharapkan dapat memelihara hak-hak asasi bagi mereka yang dieksploitasi di bawah sistem kapitalis sekaligus menghapuskan segala perbezaan yang wujud. Adalah menjadi tanggungjawab setiap negara untuk mempertahankan mereka yang ditindas dan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa. Hal ini hanya akan terlaksana sekiranya sistem kapitalis yang melahirkan pembahagian tersebut ditumbangkan.
p/s saya DeQDa melaporkan dari Tinta PenaKu... ekekeke (",)

Saturday, August 2, 2008

parti di pantri blok c...





Ak n rumet telah membuat jamuan kecil-kecilan di pantri blok c sempena smbutan besday kami yg ke22 thn... Jamuan yg spttnya bermula jam 9mlm bergerak agak lewat sdkt krn menunggu para jemputan... Masih spt thn2 dulu jgk, sesi bergambar yg plg meriah n seronok. Thn ni merupakan kali terakhir kami menyambutnya bersama... insyaAllah. Kenangan terakhir ini tidak akan ak lupa smpai bila2... Terima kasih wat rumet tersayang atas kerjasama korg dlm menjayakan parti kita ini n tidak lupa wat para jemputan krn sudi hadir utk memeriahkan majlis ktorg... Ak syg kalian!