Wednesday, May 27, 2009

hari ini...

Ptg td ak kuar ngan Aini, g round bndr… msk Vincci jap tgk2 kasut tp x beli pon.. pas2 g cr tmpt praktikum Aini.. huhu.. jauh jgk la dr umah.. (Nie, napok gaya kul 7pg mg kena turun dh 2!).. ms ktorg smpai sn, dlm kul 1 lbh (waktu lunch).. Tp pintu pjbt x berkunci pon, jenguk kt dlm mmg xde org.. t’jmpa lak ngan teman skls ak kat UUM.. kat sn x pnh bertegur sapa pon.. dia senyum, ak pon senyum.. Rs cam pnh nmpk, Aini pon kata rs cam pnh nmpk gak.. ak tny dia, mn la tau satu sek ms form5 dulu ke.. form6 mmg bkn sal ak bleh cam sume muka2 ms form6.. pas2 dia jwb bukan.. ak ckp kat dia rs cam pnh nmpk, tp x ingt ktne.. dia gtau dia skls BURUH ngan ak.. adush… kalo kls BURUH ms sem last la.. br lg 2.. ak la.. dia g kat c2 coz nk isi borg cr keje, dia x amik praktikum cam ak tp wat tesis.. sonoknye dia.. xyah nk kena pk2 sal praktikum lg… hmmm…

Monday, May 18, 2009

novel baru : hanya dia tahu


Sinopsis

Ariana melihat Nasuhah sangat sepadan dengan abangnya, Zaen Luthfi seorang pengurus muda. Sebagai seorang adik yang nakal, dia asyik mengusik abangnya tentang Nasuhah hingga menimbulkan kemarahan Zaen. Tanpa pengetahuan adiknya, Zaen telah menghubungi Nasuhah dan menghamburkan kata-kata yang nista.

Takdir telah mempertemukan mereka di dalam sebuah majlis. Sejak itu, Zaen sudah terkena panahan asmara. Dia cuba untuk mendekati Nasuhah, namun gadis itu sudah tawar hati. Zaen nekad akan terus memburu cinta Nasuhah walaupun sejauh mana dia melarikan diri.

Pertemuan semula Nasuhah dan Rezuan rakan sekampus bagaikan jalan pintas baginya untuk menyelesaikan masalah yang melanda. Namun, huluran kasih Rezuan secara tiba-tiba membuatkan hatinya berbolak-balik.

Walau bagaimana payah pun, Nasuhah mesti berani membuat keputusan yang bakal ditanggung sepanjang hayatnya. Menolak cinta orang yang sukakannya ataupun menerima sahaja lamaran kawan lama yang tidak pernah wujud di hatinya.

Rating : * * *

Mukasurat : 499

novel baru : tiada yang kedua


Sinopsis

Nur Shahirah Batrisya berasa bahagia menantikan saat diijabkbulkan dengan jejaka pilihan keluarga. Namun, keindahan malam pengantin yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Lelaki yang baru sahaja menikahinya membongkar rahsia yang sangat pahit untuk ditelan.

Di birai katil mempelai yang dihias indah, Imran dengan angkuh mengakui hatinya sudah dimiliki. Malam pertama itu juga menjadi saksi Imran melafazkan perjanjian yang tidak diduga. Dua tahun lagi perkahwinan itu mesti dinoktahkan. Shira akur menerima keputusan suaminya. Hanya pilu yang menemaninya membilang hari-hari yang bakal menjanjikan status janda muda buatnya. Sesungguhnya dia kecewa!

Semakin hampir dengan hari yang dijanjikan, Shira berperang hebat dengan perasaan keliru yang merantai jiwanya. Tanpa pengetahuan sesiapa, dia akhirnya melarikan diri kerana lebih rela pergi daripada mendengar lafaz perpisahan yang bakal meniti di bibir Imran.

Naluri seorang suami mendesak Imran untuk terus mencari Shira dengan perasaan kesal yang menggila. Namun, pencariannya hampa. Ke manakah Shira membawa diri?

Rating : * *

Mukasurat : 452

Saturday, May 9, 2009

novel baru : rahsia hati sofia



Sinopsis

sekali air sungai melimpah… sekali pasirnya pun berubah…

Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi hati. Kenapa sukarnya untuk saling memahami? Padahal kita bagaikan bercerung jiwa!

Ini bukan cinta tiga segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka berkongsi cerita. Namun rahsianya hanya aku seorang sahaja yang tahu!

Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah.
Anehnya dalam pijar resah, angin masih bawa salam bahagia walau seketika.
Payahnya pabila cinta jadi benci.
Sukarnya nak pujuk hati biar benci bertukar rindu.
Pilunya hati tatkala kau paksa aku memilihmu, padahal kau sudah lama kupilih!

Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang menderu kau usung segala beban ke gigi pantai. Singgahmu sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang.... Kenapa harus begitu, Mal?

NAZURAH AISHAH kembali dengan cerita yang sarat dengan emosi. Bahasa NAZURAH AISHAH semakin terserlah matang, tulisannya segar dan menguntum senyum pembaca. Rahsia Hati Sofia dipersembahkan hanya buat mereka yang faham akan erti cinta!

Rating : * * * *

p/s novel kali ni spesel skit, coz ak beli dr Tinta Hati… Siap dpt TT… heheh


harga : RM 21

mukasurat : 553

Tuesday, May 5, 2009

novel baru : biarlah YM berbicara...

Andai ada ingkar di hati, menepis wujud di sisi.

Andai bibir kelu untuk hujani bicara indah pada kemarau hati…

aku rela jemari menjadi pengganti, menarikan irama indah cinta kita.

Biarkan saja YM yang terus berbicara…


Sinopsis

ABANG KAMAL… Walaupun segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati…

ENCIK FIRDAUS… Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti, kerana, cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan, kalau bukan cinta kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi…

CHARMING… Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu. Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin wujudkanmu di alam nyata. Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu…

AKU… Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya, cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang siur permainan duniawi ini…


Rating : * * *

harga : RM 20.00

mukasurat : 582