Friday, March 27, 2009

Atie Pose...





pertunangan Atie...





Kemaren ktorg (aku, ayu, ina, ada, ida, zah, amy) menghadiri majlis pertunangan Atie… ktorg g dgn menaiki 2 buah kereta… bertolak dari kolej dlm kul 1.30pm, plan asalnya nk kuar kul 1.00pm tp d sbbkan mslh yg x dpt d elakkn tpaksa la kuar lwt skit… smpai kat umah Atie lbh krg dlm 2.40pm…

Tarikh yg penting dlm hidup Atie, coz 27/03 adalh hari lahirnya… (“,)

Selamat Hari Lahir & Selamat Bertunang Atie!!! Sayang Hang!!!


Tuesday, March 24, 2009

novel baru : Bertakhta Di hati


Sinopsis

Nadjmi Syahadat… merenung wajah itu buat kali kedua, terasa seperti menoreh luka di hati. Bertahun-tahun masa berlalu, dia masih menanti penjelasan yang tak pernah kunjung tiba. Tapi lain yang diharapkan, lain pula takdir yang datang. Lelaki itu hanya mampu mengungkapkan kata maaf untuk hidangan jiwanya yang parah.

Dan… dia sudah puas menangis suatu ketika dahulu. Ditinggalkan orang tersayang rasanya sakit sekali. Tapi ditinggalkan tanpa penjelasan, rasanya lebih sakit lagi. Pun, siapa dia mahu mempersoalkan semua itu? Sedangkan lelaki yang punya jawapan itu, sudah membawa pergi senda tawanya bersama impian yang tak sempat untuk ditunaikan.

“Merayulah, Nadjmi… menangislah selagi masih berupaya menangis. Hakikatnya hati sudah begitu jerih untuk mengembalikan janji itu. Aku tak akan pernah berpaling”.

Itu tekad Khairunasrya, tekad seorang perempuan yang pernah membilang tangga demi tangga walaupun ketika melangkah, hatinya sudah lama mati.

Rating : * * *

Saturday, March 14, 2009

Suara Hati Cerpenis

(Dipetik dari novel Angin Dingin Dari Utara karya Siti Hazneza Abdul Hamid)

Daerah ini,

Hari-hari berteman sepi,

Dan detak detuk pena,

Maka akulah,

Sebahagian daripada kesepian itu,

Yang bisa menipu,

Yang bisa membunuh,

Yang bisa membahagiakan,

Maka aku jugalah,

Yang mewarnakan kesepian itu,

Dengan dendangan lagu-lagu puisi,

Dengan senyuman wajah-wajah gadis,

Dengan tangisan bayi-bayi mugil,

Maka aku jugalah,

Yang akan mengembalikan kesepian itu,

Selepas matahari tidur di balik bukit,

Selepas manusia diulit mimpi,

Selepas burung pulang ke sarang…

PELARIAN ITU SEBENARNYA INDAH, TETAPI DI DALAM KEINDAHAN ITU PENUH DENGAN KELUKAAN

novel baru : cinta dua jiwa

Sinopsis

Hariz, arkitek muda yang gemar berchatting dengan rakan sibernya, Aisya Humayra. Menggunakan nama ‘Archyhis’, Hariz tidak pernah membongkarkan identitinya meskipun dia mengenali gadis itu yang juga bekas juniornya ketika di universiti.

Takdir yang berlaku, Aisya kemalangan angkara Fakhrurrazi yang meminatinya. Ini amat memeranjatkan Hariz. Sejak itu, dia melawati Aisya di hospital sehingga timbul rasa kasih terhadap gadis itu. Dia lantas meminta pertolongan orang tuanya untuk meminang gadis itu. Walaupun hati belum bersedia, Aisya terpaksa akur dengan kehendak ibu bapanya. Hariz kini menjad suaminya. Namun, layanan dingin diberikan kepada lelaki itu. Hariz yang penyabar, akhirnya meninggalkan Aisya buat seketika sebagai ujian buat isterinya.

Perpisahan itu amat menyakitkan. Kejauhan itu menggamit kerinduan. Akhirnya, Aisya sedar betapa dia banyak melakukan kesilapan sehingga menghiris hati suami yang tercinta. Namun, tatkala bunga-bunga kasih mula berputik, Fakhrurrazi muncul kembali lalu memporak-perandakan rumah tangga mereka.

Sebuah fitnah telah menjauhkan kembali hati Aisya terhadap suaminya…

Rating : * * * *



Thursday, March 12, 2009

rupa baru...





Ni la dia rupa baru scoot ak… ckp berpuas hati ngan hasil kerja tgn abg yusry nazar… wpun amik ms sebulan lbh utk menyiapknnya… anta di awl sem n hasilnya dpt d lihat dlm smgu lps… ikt plan awl nk hmparkan karpet kaler ungu tp d sbbkan kekurgan wit niat 2 terpaksa d batalkan… InsyaAllah akn ak tunaikn d ms akan dtg…