Sunday, February 22, 2009

novel baru : Rooftop Rant


Sinopsis

lontarkan

…kalau tidak ia meracun

kongsikan

…walau hanya pada awan-awan

Mereka berbicara di atas bumbung

Episod hidup memang berbeza, tapi cerita mereka masih selari!

Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan

apa yang dia tak mampu!

Hidup tak selalunya lawa

Tak selalunya ada pelangi

Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada

Kadang-kadang… bilamana ‘malapetaka’ tu datang,

terasa macam nak kena gelek ke bumi dek ahli sumo

Rasa macam dah tak mampu bangkit

Rasa macam dah tak mampu hela nafas

Dengarkan HLOVATE berbicara:

tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini…

tentang Trisy dan Jade…

tentang bukit yang sayup di depan

tentang angin yang membawa salam di balakang

tentang lang sewah yang berlegar melayah di atas

tentang deretan kenderaan yang bersesak-sesak di bawah

dan mereka terus bercerita…

sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa

mampukah dibeli tangga-tangga untuk mecapai cita-cita?

ini cerita sebuah bicara

bicara bumbung namanya…

Rating : * * * *

novel baru : Percayalah...

Sinopsis

Mana mungkin lagi untuk perasaan ini mampu menghempas pantai hatimu, Atiqah… kalau sudah ada benteng di situ?

- Danial Wolfgang

Mengapa Danial, kau tetap tidak pernah jemu-jemu memerhati kamar hatiku ini dalam remang-remang cahaya lampu oren itu?

- Nur Atiqah

Perjalanan hidupnya tidak seindah yang diharapkan. Dia hilang kasih dan terpinggir dari sayang seorang ayah. Dia lupa akan jati dirinya sebagai Danial Wolfgang. Dia rasa terpenjara dalam kehidupan ciptaannya sehinggalah dia bertemu… bunga di hatinya.

Nur Atiqah, gadis Melayu yang hadir di tengah-tengah kelompok budaya yang berbeza. Datang dengan harapan untuk melunaskan satu cita-cita. Namun tanpa disedari dia juga tidak boleh menolak sebuah perasaan yang hadir dalam diam.

Stuttgart… di situ mereka ditemukan, pada saat putih salji yang jatuh menjadi saksi. Namun, rasa yang bertunas itu tersimpan dalam-dalam. Benarkah daun-daun mapel belum berhenti berguguran? Masihkah ada waktu untuk mereka merasai hadirnya musim bunga? Sedangkan mereka masih jua menyendiri dan membawa jauh-jauh satu rasa itu. Duka lara tiba lebih awal sebelum segalanya terjadi. Mampukah badai meleraikan pautan hati yang seteguh gunung salju itu? Mungkinkah, kisah mereka bagaikan sungai-sungai yang pasti bersatu di muara?

Rating : * * * * *

Thursday, February 12, 2009

MPSP...

dari kiri : ikmal, atie, deqda, zam
depan : cik faten


Hr ni ak n ahli grup y glen g Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) utk adakan temubual bg kursus Pengurusan Latihan dalam Organisasi (PLO). Ktorg dpt kerjasama yg baik drpd Cik Faten iaitu pembantu pegawai tadbir d MPSP… bertolak dr kolej dlm kul 845am n blk dlm kul 4pm..




Monday, February 2, 2009

scoot wat hal lg...

Malam semalam scoot ak wat hal g… kali ni tayar lak yg pancit… terbantut segala plan yg ak rncg mlm td pas abis jek kls PLO… ingtnya pas iron baju utk kls pg td, nak ulit novel baru – Tanya pada hati… tp bla dh jd cam smlm xleh nk kata ape la, kls pg td pon xg… dari kul 10 hingga 12lbh kami duk bertapa kat COLGIS… bla jd camni trus teringat iza (rumet), col dia yg tgh dscussion suh mai teman ak ngan atie… xsmpai stgh jam dia pon smpai la ngan ina (rumet) diikuti o org2 berikutnya… heheh… abis smua no pomen yg ad iza duk col n akhrnya ad la yg setuju nk mai - pak din… tp xleh nk wat ape jgk sbb dh kritikal sgt, terpaksa tkr tyr la plak… so, bermalam la scoot ak kat COLGIS mlm td… dsbbkn org yg mai teman smua bwk pembonceng, atie terpaksa la jd pembonceng ke3 scoot ksygn iza… kesian hg atie! ak lak nek ngan emie smbil jd jurugmbr x bertauliah amik gmbr iza, ina n atie… heheh… trimas wat smua yg terlibat dlm kes smlm…

novel baru : tanya pada hati

Sinopsis

Kata orang jodoh pun kena di cari

Kata orang jodoh tertulis sukar sudah untuk dialih

Kata orang gadis yang menawan mudah saja menemui jodohnya

Banyak betul kata orang.

Inilah dilema seorang akauntan, Farisya Ibrahim.

Kerjanya yang berdepan dengan angka-angka membuat dia terlupa pada ‘angkanya’ sendiri. Sedar-sedar umur sudah melangkah ke ambang 30-an! Lalu, kenapa pula dia harus berlengah waktu, bilamana pilihan sudah menunggu?

Farisha Ibrahim!

Tidak pernah sekali pun dia pernah bercinta, apatah lagi untuk putus cinta. Namun, kenapa pula hatinya sukar ditembusi? Sakit apakah ini?

Apa yang menyukarkan dia memilih?

Dia bukannya tidak cantik

Dia bukannya tidak menarik

Dia gadis periang yang sangat disenangi!

Jadi kenapa hatinya harus dibiarkan terkatup tertutup?

Tanyalah pada hati… lalu apa jawabnya hati?

Rating : * * * *

novel baru : horizon cinta

Sinopsis

Zariz seorang pelaut yang cintakan kedamaian dan ketenangan. Hidupnya yang dikelilingi lautan luas menjadikan dirinya sepi. Temannya hanyalah pukulan ombak dan desiran angin. Cuma sesekali kicauan camar laut hadir menghidupkan hari-harinya. Bibirnya jarang mengucapkankata-kata, hanya telinganya tekun mendengar dan mata yang rajin menilik.

Berbeza dengan Zara, seorang gadis yang lincah dan pandai berkata-kata, sesuai dengan kerjaya yang menuntutnya bertemu orang ramai. Pesonanya menjadikan Zara cukup mudah didekati. Cuma ada ketika, sikapnya yang terlalu peramah menyusahkan orang lain. Zara senang dikerumuni, diminati dan gemar berada di antara kelompok manusia lain.

Takdir menemukan meraka. Zara dan Zariz bagaimanapun ibarat anjing dan kucing. Andai berjumpa, pasti bertingkah kata, berselisih pendapat. Ego yang beraja di hati menjadikan mereka tegar menyakiti satu sama lain. Tanpa sedar, pertelingkahan demi pertelingkahan mereka mewujudkan kesebatian. Dalam diam, benci menjadi rindu, dendam menjadi sayang.

Namun, mudahkah mereka melafazkan kata cinta kerana masing-masing pernah melukai?

Rating : * * *