Tuesday, December 30, 2008

jadual sem 6...

AHAD
12.30 - 2.00PM PENGEMBANGAN ORGANISASI

8.00 – 11.00PM PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI


ISNIN
8.00 - 9.30AM PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

8.00 - 11.00PM PENGANTAR PELANCONGAN

SELASA
SDG

RABU
12.30 - 2.00PM PENGEMBANGAN ORGANISASI

8.00 - 11.00PM PENGURUSAN PEJABAT

KHAMIS
8.00 - 9.30AM PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

novel baru : panggil aku dahlia...

Sinopsis

“Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu itu cekal macam Opah Orkid!” puji ayah tiba-tiba.

Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah?

Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya.

Keadaan kian surut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.

Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sabagai mahar?

Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?

Novel kelapan NOOR SURAYA mengajak anda membantu Putri Dahlia Megat Qais menguruskan Syarikat Teh Timor di Tanah Rata. Silalah nasihati dia, yakinilah dia bahawa tawaran Wadi Hannan itu cumalah satu pesona, dan usahlah terpesona!

Rating : * * * *

Friday, December 26, 2008

novel baru : bahagia kasihmu...


Diburu masa silam, Tasnim sentiasa kegelisahan. Kepahitan semalam mendera perasaan. Terus, dia tidak berani mencintai. Jauh sekali membiarkan dirinya dicintai. Dia sentiasa sedar di mana dia berpijak. Di penjuru mana dia berdiri.

Kemunculan Zarul, memang tidak diduga. Tanpa sedar, lelaki itu menjadi watak penting dalam hari-harinya. Dia seolah terikat dengan Zarul. Ingin menjauh, tetapi makin dekat pula jadinya. Dalam diam, sedetik rasa mula bertunas dalam jiwanya.

“Awak adalah perempuan yang berjaya membuka pintu hati saya. Siapa pun awak sebelum ini, saya tak kisah. Izinkan saya bahagiakan awak.”

Tasnim terkedu. Pertemuan mereka tidak pernah dirancang. Perkenalan mereka tanpa salam. Lalu, semudah itukah dia melafazkan kata cinta?

Kata pujangga, apabila hati disimbahi cahaya cinta, sinarnya akan dapat dibaca pada seri wajah. Begitulah hebatnya kuasa cinta. Jadi, wajarkah dia menolak hakikat sebuah kehidupan?

Hakikatnya, cinta itu permulaan sebuah derita. Dibayar dgn air mata sekalipun belum tentu mendatangkan bahagia sekelip mata.

Pergilah cinta, andai itu mampu mengembalikan kebahagiaan. Biarkan sahaja bahagia kasih itu berlalu, andainya itulah harga sebuah kepahitan yang perlu dibayar. Biarlah rindu ini terus tersimpan dalam lipatan memori cinta.

Rating : * *

Saturday, December 13, 2008

kawasan stadium...




main bowling...



Ptg td spupu ak ajak ak g main bowling.. ak x la bp mnt sgt main ni, mgkn sbb x ajar main dr awal kot.. tp g la jgk sbb bleh gak amik gmbr kat kwsn stadium.. kalo g sn semata-mata nk amik gmbr jek, mgkn x g kot.. dia ckp sblm kul 3 dh kena ad kat depan stadium.. kul 230 ak dh turun, pas2 singgah umah spupu ak dulu.. pas2 ktorg pon gerak la skali.. smpai kat sn badrun dh ad tunggu.. dia smpai awal lg.. huhu..

alang-alang dh g, bwk la rmai skit.. br meriah.. huhu..

Thursday, December 11, 2008

dunia novelku...

novel baru : warna hati...

Sinopsis

Suatu ketika dahulu, luahan rasa cintanya pernah dipersenda. Madah rindu dan puisi syahdunya buat Jefri menjadi ejekan teman-teman sekolah. Zara Lisa, malu tidak terkata. Sejak saat itu, nama Jefri terus dikikis daripada ingatannya. Bertahun dia memegang prinsip; bercinta bermakna membiarkan diri terluka dan kecewa.

Waktu terus berlalu. Persoalan tentang jodoh mula menghantui hidup Zara Lisa. Cemuhan dan sindiran tentang statusnya, bagai duri berbisa. Hingga dia difitnah, terdesak hendak bersuami. Kata dua daripada emak; bawa pulang calon suami atau emak yang carikan, memaksa Zara Lisa berbuat sesuatu. Dia tidak boleh mengharapkan cinta datang sendiri.

Speed dating menemukan Zara Lisa dengan dua orang lelaki. Erman yang tampan bergaya dan gentleman membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Beria-ia dia menyulam mimpi untuk menjadi permaisuri lelaki itu. Tapi rupa-rupanya warna cinta mereka cuma kelabu. Erman playboy yang bijak menabur janji palsu untuk memikat. Lelaki kedua pula, Harith yang serba sederhana turut menghulurkan salam cinta sedangkan di hati Zara Lisa, hubungan mereka hanya sebagai kawan.

Lamaran daripada Jefri, mengejutkan Zara Lisa. Dia terpaksa menerima biarpun hatinya tidak rela. Harith muncul dan menceriakan kesedihan Zara Lisa. Dalam diam, dia mula merindui lelaki itu yang pernah dipandang sepi sebelum ini. Harapannya terhadap Harith setinggi gunung setelah ikatannya denga Jefri terlerai. Dalam membina janji kasih, kebahagiaan Zara Lisa diuji sekali lagi. Siapakah Harith sebenarnya? Sedangkan cinta sejati tiada ruang untuk prasangka…

Rating : * * *