Monday, June 30, 2008

novel : bukan terlarang...

SINOPSIS
Maisara merenung lama wajah Imran yang sedang lena, lelaki yang terpaksa dikahwininya. Sememangnya hati Maisara rela bersuamikan Imran. Sejak zaman sekolah lagi dia mencintai Imran. Namun, cinta itu tetap menjadi rahsia hatinya. Sesungguhnya, Maisara menyintai lelaki itu sepenuh jiwa raganya dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dgn rela sedangkan Imran menganggapnya tidak lebih daripada seorg sahabat baik. Perkahwinan mereka pun atas dasar terpaksa. Cinta Imran hanyalah utk Tina. Kemesraan Imran terhadapnya sebagai pasangan suami isteri hanyalah sebuah lakonan semata-mata, demi menjaga hati emaknya yang amat menyayangi Maisara sbg seorang menantu. Namun, Maisara tidak tahu sampai bila dia mampu bertahan, merelakan dirinya seumpama pohon yang semakin layu kerana tidak disiram. Dia mahukan keadilan utk diri dan maruahnya sebagai wanita. Mampukah dia meraih cinta Imran atau akan berkuburkah perkahwinan mereka seperti yang telah dirancang oleh Imran?
Merata tempat sy cari novel nih. Boleh dikatakan semua kedai buku kat tempat sy, semua dah masuk dan keluar ngan perasaan hampa. Ada gak tanya kat kaunter dan jawapan diorg ”dah abis”. Dalam hati kata lakunya novel ni, mesti best sesangat nih. Dan bila tanya bila sampai yang baru, org kat kedai ckp ”dah tak order lagi”. Hampa! Tapi pelik gak, kalau laku takkan tak buat pesanan lagi kan? Mungkin sebab mahal kot, hati jawab. RM35.00 tu! Novel paling mahal yg sy ada setakat ni. Tapi betul la org ckp kalo terlalu mengharap kita takkan dapat, kalo yg tak harap sangat tu la kita akan dapat. On de wei bek dr klinik sal teman sepupu g wat medical check up, singgah jap kat Pustaka Murni. Masa ni memang tak harap nak beli buku pun, saje jek la singgah dah alang-alang lalu ( Memang dah jadi tabiat kot ). Duit pun tak bawak masuk, tinggal kat sepupu kat luar. Dah nama rezeki bleh baca agaknya, ada la novel ni. Akak kat kedai ckp baru jek sampai. Sy tengok ada la beberapa buah, banyak jugak la. Hati berbunga riang, tak sabar nak baca. Bila buka jek mukasurat pertama terkejut gak tgk saiz font dia. Dalam hati kata patut la buku ni tebal. Trs trg, permulaan dia boring sikit la. Kalo nak dibndgkan ngan kasih yang suci, Seth ngan Nora lg best la. Nak beri pendapat lebih-lebih pun tak berani, sal mesti penulis tu dah wat yang terbaik. Tak nak la lekehkan org ngan pndpt kita yg tak seberapa ni. Tapi tak la hampa sangat, boleh jadikan koleksi la.

Thursday, June 26, 2008

Penghijrahan motor…

Pagi tadi aku redah ujan lagi… kali ni bertemankan emie… bangun pagi-pagi sal nak g pos motor. Kul 9 ktorg dah kuar, masa tu ujan rintik-rintik. Emie jek yang pakai baju ujan, sampai kat jambatan pulau duyung ujan makin lebat. Ktorg berhenti jap kat bawah jambatan, ak kebas baju ujan yg emie pakai. Ak pakai baju, emie pakai seluar. Perjalanan diteruskan.
Motor ak dan emie dah selamat diposkan. Insyaallah, minggu depan sampai la kot. Tak sangka motor ak bleh rasa gak g utara...

Saturday, June 21, 2008

Aku yang cuai…

Tak ingat? Tergesa-gesa? @ Cuai?...

Tak ingat? macam tak sesuai ngan keadaan. Tergesa-gesa? Tak la, bukan nak g mana-mana pun lepas tu. Cuai? Mungkin la.... “aku yang cuai”... tajuk cite kali ni. Suatu kejadian berlaku minggu lepas, kalo tak silap hari Ahad kot. Aku dan seorang teman ke bandar, saja jalan-jalan. Mula-mula aku g kedai Vincci, saja nak tengok-tengok, cuci mata. Tak sangka tersangkut gak ngan 2 pasang kasut. Beli jek la, lagipun kasut aku dah rosak. Kalo setakat nak g bandar, selipar jepun pun aku pakai. Tapi untuk ke kuliah tak sesuai la kan... kuar Vincci aku singgah jap kat tempat kerja clasmet aku, sembang-sembang. Lepas tu, terus ke bank islam masukkan duit skit. Biasanya, aku tak masukkan kad, tapi hari tu aku malas nak tengok no akaun aku dalam hset. Lepas tu singgah kat keta jap simpan kasut yang dibeli sebelum masuk lak kedai buku. Mula-mula masuk pustaka dewan, tak de buku yang aku cari. Terus ke pustaka seri intan 1, tak de jugak. Rasa letih, g minum dekat stesen bas MBKT (masa ni la teman aku ni tertinggal hset dia, nasib baik makcik kedai tu baik hati panggil kami) sebelum naik atas tengok barang (nak balik awal lagi). Dah alang-alang berjalan, terus ke pustaka seri intan 2 (tak jauh mana pun 3 kedai tu). Nasib baik teman aku ni suka berjalan... lepas dah tak tau nak ronda mana lagi, kami pun balik. Tak sedar apa-apa pun lagi...
Sehinggalah malam Rabu (dah masuk hari khamis sebenarnya) minggu yang sama, baru aku perasan yang kad matrik aku tak de. Masa tu memang dah dapat rasa yang aku tertinggal kad kat bank islam masa simpan duit. Sebab aku takkan kuarkan kad tu dari beg saja-saja. Tmbh lak, time cuti ni tak de sebab nak guna kad matrik tu kalo tak berkenaan ngan urusan bank. Tanpa buang masa, aku pun col la teman aku untuk dptkan kepastian... masa tu jam hset aku kul 12.24am (aku buka hset utk tgk masa panggilan dibuat). Tengah mamai dia cakap dia pun tak perasan aku amik ke tak, pastu dia janji nak temankan aku pergi bank pagi-pagi sok.
Keesokkan paginya, kami g lg ke bank. Kul 9.15, dah ramai beratur kat depan pintu. Aku pun beratur la sama (sbb tak tau urusan aku tak payah amik no giliran). Tepat kul 9.30, pintu pun dibuka. Aku jumpa pak guard dulu, pastu dia suruh ke kaunter 1. Dalam hati dah rancang nak sekat no akaun masa tu. “kak, ade jupe kad matrik saya dok dua tiga hari lepas kat mesin depan?” tanya aku. Akak tu pun buka laci dan belek-belek kad yang ada (dalam hati aku kata banyak gak kad org ilang). “matrik mana?” Dia tanya aku. Aku pun jawab la. Dia pun buka kotak kad yang ke2, pastu dia tanya nama apa dan aku bgtau la nama aku. Aku pun nmpk dia tarik satu kad. Dari situ, aku dah nmpk dia pgg kad aku... alhamdulillah. Aku kena isi borang kehilangan kad dulu sebelum boleh amik balik kad aku...

p/s Terima kasih la pd org yg baik hati jumpa kad aku dan serahkan pd phk bank walau di mana jua dia berada...

Friday, June 20, 2008

masjid kristal...



Thursday, June 5, 2008

MASA...

Hmm… dlm masa kurang dari sebulan aku akan melangkah ke sana semula… cuti rasa jap je. Sedar tak sedar tinggal lagi setahun jek ( kalo lepas la... insyaallah ). Masa cepat betul berlalu. Yang pasti aku dah tak macam dulu. Dari segi apa? heheh... Uwaaaaaaaa... aku makin gemuk! Camne nak turunkan berat badan ek? Nak kata aku makan banyak... mana ada! Kalo duk Utara lagi la, dalam utan apa ada... Faktor usia kot ( teori aku ). Aku dah besar. Bila nmpk budak2 yg aku selalu usik masa diorg kecil2 dulu dah meningkat remaja, baru aku perasan yang aku betul-betul dah besar. Masa telah mengubah segalanya. Semua dah berubah bersama masa dan usia. Terasa macam baru semalam aku masuk tingkatan 6 ( di paksa aboh ), tapi ok jugak sal dapat motor... heheh... Terasa macam baru semalam berkenalan ngan membe2 dari skol lain. Terasa macam baru semalam aku berulang alik ngan motor kesayanganku ngan memakai pakaian seragam skol. Terasa macam baru semalam aku rasa nak menangis sebab diturunkan ke kelas paling last sebab result tak mencapai tahap piawaian. Terasa macam baru semalam berhenti makan kat kedai nasi ayam ngan geng2 lepas waktu skol. Terasa macam baru semalam aku redah ujan balik ke umah. Terasa macam baru semalam aku naik motor berkaki ayam dalam ujan. Terasa macam baru semalam aku amik STPM. Last paper – sejarah. Ingat lagi geng2 ckp paper sejarah susah! Aku senyum jek, bukan sbb aku terover yakin. Kat dlm hati – gundah gulana. Sbb tak sempat jawab satu soalan. Sempat bagi intro jek. Tapi alhamdulillah, lepas di campur aduk ant ppr 1 dan 2 aku dapat ok! Pencapaian yg aku sendiri tak jangka. Hu... kalo diingat kembali memang bez dan mampu mengundang senyum sorg2 ( tak pasal2 akan ada yg ckp aku gila... takpun angau ). Yang pasti zaman itu dah tinggal sejarah dan kenangan manis yg takkan dilupakan sampai bila-bila walau masa telah pergi jauh meninggalkan kenangan-kenangan itu di belakang tanpa pernah berpaling. Bermadah! Heheh...