Saturday, May 9, 2009

novel baru : rahsia hati sofia



Sinopsis

sekali air sungai melimpah… sekali pasirnya pun berubah…

Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi hati. Kenapa sukarnya untuk saling memahami? Padahal kita bagaikan bercerung jiwa!

Ini bukan cinta tiga segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka berkongsi cerita. Namun rahsianya hanya aku seorang sahaja yang tahu!

Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah.
Anehnya dalam pijar resah, angin masih bawa salam bahagia walau seketika.
Payahnya pabila cinta jadi benci.
Sukarnya nak pujuk hati biar benci bertukar rindu.
Pilunya hati tatkala kau paksa aku memilihmu, padahal kau sudah lama kupilih!

Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang menderu kau usung segala beban ke gigi pantai. Singgahmu sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang.... Kenapa harus begitu, Mal?

NAZURAH AISHAH kembali dengan cerita yang sarat dengan emosi. Bahasa NAZURAH AISHAH semakin terserlah matang, tulisannya segar dan menguntum senyum pembaca. Rahsia Hati Sofia dipersembahkan hanya buat mereka yang faham akan erti cinta!

Rating : * * * *

p/s novel kali ni spesel skit, coz ak beli dr Tinta Hati… Siap dpt TT… heheh


harga : RM 21

mukasurat : 553

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home