istimewa buat Teratai...
REALITI DI SEBALIK ISU PENDATANG TANPA IZIN
Pendatang tanpa izin telah masuk ke Malaysia sejak dahulu lagi dan jumlahnya semakin bertambah sejak kebelakangan ini. Namun begitu, keadaan ini masih terkawal kerana golongan migran tidak hanya tertumpu di Malaysia sahaja tetapi turut berhijrah ke negara Asia yang lain seperti Singapura, Arab Saudi, dan sebagainya. Kebanyakan mereka adalah berasal daripada negara Indonesia, Bangladesh, dan Filipina. Kedatangan imigrasi turut memberikan manfaat kepada negara penerima di mana golongan ini dapat memenuhi keperluan tenaga kerja yang diperlukan terutamanya bagi tawaran pekerjaan yang tidak diingini oleh rakyat tempatan maka terpaksa diisi oleh pekerja migran. Golongan ini sanggup berkhidmat walaupun mendapat upah atau ganjaran yang sedikit tanpa sebarang jaminan kerana bagi mereka ganjaran tersebut adalah lebih tinggi berbanding di negara sendiri. Laporan ILO 1997 mendapati bahawa pekerja Indonesia hanya menerima RM0.28 setiap hari/perorangan di negara asalnya berbanding RM2.00 atau lebih di Malaysia. Hal sedemikianlah yang telah mendorong mereka berhijrah meninggalkan negara asal masing-masing bagi memperbaiki keadaan ekonomi mereka. Kesan positif turut dirasai oleh negara asal di mana masalah pengangguran dapat dikurangkan. Kebanyakan imigrasi daripada Indonesia datang tanpa cara yang sah dan mereka terdiri dari golongan tenaga kerja kurang mahir yang di monopoli oleh perempuan. Terdapat pihak-pihak tertentu yang telah menuding jari pada pendatang asing dengan menyatakan pekerja migran mampu mengubah imbangan perkauman, hak mengundi dan masalah sosial lain seperti jenayah, pelacuran, dan pengedaran dadah. Hal ini mendorong kerajaan mengetatkan lagi penjagaan di sempadan negara dengan menahan dan menghantar kembali pekerja tanpa izin pulang ke negara asal. Namun begitu, tuntutan terhadap keperluan tenaga kerja di sektor tanaman, pembinaan dan perkhidmatan yang tidak mencukupi telah mendorong kerajaan Malaysia bekerjasama dengan Indonesia agar imigrasi di bawa masuk semula melalui cara yang sah. Namun, cara yang diketengahkan masih tidak menampakkan kesan yang positif ekoran daripada jenayah rasuah yang berlaku. Pendatang tanpa izin dapat masuk dengan sewenangnya tanpa perlu membayar yuran bagi pasport, visa, dan permit bekerja. Pada awalnya, kerajaan jelas menggalakkan kemasukan pendatang tanpa izin ke dalam negara melalui sikap lewa yang diambil terhadap sekatan dan tahanan. Bermula tahun 1982, persepsi tersebut telah bertukar bahawa pendatang asing menyebabkan peningkatan pengangguran dalam negara kerana ianya telah diisi oleh pekerja asing. Disamping itu, mereka turut di salahkan dalam hal tahap gaji yang rendah, peningkatan kos perumahan, peningkatan cukai perkhidmatan, dan punca jenayah. Kemerosotan ekonomi yang melanda Malaysia telah menggiatkan lagi usaha untuk menghantar kembali pendatang dari Indonesia balik ke negara asal. Demi menjaga kepentingan diplomatik dengan Indonesia, Malaysia terpaksa berlembut dengan tidak mengambil tindakan sepenuhnya terhadap usaha menghantar balik pendatang asing. Perjanjian Medan telah ditanggani untuk menanggani imigrasi tanpa izin dalam sektor tanaman dan perkhidmatan rumahtangga tetapi telah menemui kegagalan. Seterusnya perjanjian baru telah dibuat yang lebih memberat kepada pekerja migran di mana mereka akan disahkan sekiranya melaporkan diri ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur dan kembali semula ke negara asal sementara menunggu terdapat mana-mana majikan yang berminat untuk membiayai perjalanan mereka. Permit bekerja selama dua tahun akan dikeluarkan dengan kemungkinan setahun perlanjutan. Namun demikian, hal ini menimbulkan masalah apabila terlampau ramai yang memohon diikuti dengan sistem pengurusan permohonan yang lemah. Keterlibatan orang-orang tengah, masalah pengangkutan, dan keselamatan migran yang terancam telah menjadi persoalan kepada tahap kebertanggungjawaban Malaysia dan Indonesia dalam usaha melindungi pekerja migran. Hubungan Malaysia-Indonesia bagaimanapun telah mengalami ketegangan apabila pekerja tanpa izin Indonesia yang dituduh mengedar dadah dikenakan hukuman mati tanpa diberikan hak membela diri. Seterusnya, krisis kewangan yang melanda negara pada tahun 1997, telah memaksa Malaysia menghantar kembali pekerja asing dalam bidang-bidang tidak produktif walapun mereka mempunyai visa atau permit bekerja yang sah. Hal ini mendapat tentangan yang hebat daripada imigrasi sehingga berlakunya pertumpahan darah dan menimbulkan pengutukan antarabangsa. Jelas bahawa perkembangan ekonomi tidak seimbang yang dialami telah memaksa rakyat berhijrah ke negara lain untuk mencari sumber pendapatan. Tahap pendidikan yang rendah juga mendorong mereka mencari pekerjaan diluar terutamanya bagi yang tinggal di luar bandar. Langkah-langkah yang diambil tidak mampu menyekat kemasukan pendatang tanpa izin. Taraf gaji yang berbeza dengan negara-negara jiran memastikan aliran pendatang tanpa izin sentiasa berterusan. Gerakan-gerakan pekerja juga telah wujud di kebanyakan negara bagi menanggani kesusahan seperti pemeliharaan gaji, pemecatan, dan sebagainya. Penubuhan gerakan ini diharapkan dapat memelihara hak-hak asasi bagi mereka yang dieksploitasi di bawah sistem kapitalis sekaligus menghapuskan segala perbezaan yang wujud. Adalah menjadi tanggungjawab setiap negara untuk mempertahankan mereka yang ditindas dan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa. Hal ini hanya akan terlaksana sekiranya sistem kapitalis yang melahirkan pembahagian tersebut ditumbangkan.
p/s saya DeQDa melaporkan dari Tinta PenaKu... ekekeke (",)
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home