Friday, July 25, 2008

novel : cupid love...


SINOPSIS

Dalam hati sudah menguntum cinta. Dalam hati juga sudah berbunga sayang. Kerinduan pun mula terbit di celah-celah mekarnya perasaan...

Bersaksikan lautan yang terbentang luas, camar yang berterbangan bebas di udara… kita dipertemukan atas nama sahabat. Bermula sapa-menyapa lantas berpanjangan menjadi teman bicara.

Pertemuan yang sedetik cuma rupa-rupanya membuahkan bibit-bibit kemanisan tanpa kau dan aku sedari. Dan hari-hari yang berlalu disulami tawa dan usik-mengusik adalah tunas sayang yang mula bercambah di hati kita…

Kala kau dan aku mengikat janji untuk bersua, halangan mengintai lalu merungkai janji… memusnahkan kepercayaan kau padaku. Lantas tanpa pamitan kau pergi... pergi dan meninggalkan nanar di hati ini.

Dari lewat bicara antara kita... aku cuba jejakimu. Aku tidak mahu kecundang untuk kali kedua, kerana kecundang itu amat menyakitkan.

Novel ni sy pinjam dari rumet sy... Ina namanya… hehe. Masa dia beli novel ni, sy lak amik ku seru kasihmu. Bleh la pjm meminjam. Mula-mula baca, ingatkan Sabrina watak utama merangkap heroin cite ni. Ye la, mula-mula dah terjumpa nama dia dulu kan. 2 org yg terdahulu bc pon bg pndpt sama. Kisah dia unik skit la, seunik tajuk citenye. Sblm ni xde lg sy bc nvl ksh mcm ni. Muka surat 316 ada kesilapan skit, mngkn editor terlps pandang. Dialog antara Azyan dan Wandy tiba2 ada terselit nama Danny pada dialog yg diucapkan Wandy. Biasa la 2, kesilapan selalu berlaku di mana2 dan dlm apa jua keadaan.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home